Acara MAM
Junior GP (RS50) Programme
Penganjur program Junior GP Racing Dream ingin menjemput penunggang-penunggang antara usia 13 dan 15 tahun untuk mengambil bahagian dalam program Junior GP (R50) untuk musim 2008.
Junior GP Racing Dream adalah satu program pembangunan yang direka khas untuk mencari bakat yang sesuai untuk dibentuk ke paras MotoGP. Program ini disokong oleh Motorsports Association of Malaysia. Penunggang-penunggang akan mengambil bahagian dalam 4 pusingan perlumbaan Junior GP yang akan diadakan di Pulau Pinang, Perlis, Sepang dan Litar ELITE USJ, Selangor.
Penunggang tiga keatas akan ditaja sepenuhnya untuk memasuki Siri Super Sports Junior GP 2009. Penunggang-penunggang ini juga akan mendapat tajaan sepenuhnya untuk menghadiri Red Bull Rookies Cup 2009 di Portugal. Kesemuanya bernilai lebih daripada RM100,000.
Program ini terbuka kepada penunggang-penunggang dalam lingkungan umur yang ditetapkan dan penunggang-penunggang yang dipilih akan diberi peluang untuk memasuki empat pusingan dalam sessi 2008.
Jadual seperti dibawah;
Tarikh Pemilihan
| Pusingan Pertama | 27-28 Jun 2008 | Litar Antarabangsa Sepang |
| Pusingan Kedua | 30 Ogos 2008 | Litar Speedway Plus Elite, USJ |
Sila layari laman http://www.aprilia.com.my/jnr_gp/index.html untuk e-borang penyertaan.
Tarikh Perlumbaan
| 29 November 2008 | Sabtu & Ahad |
| 20 Disember 2008 | Sabtu |
| 10 Januari 2009 | Sabtu |
| 17 Januari 2009 | Sabtu |
| 7 Febuari 2009 | Sabtu |
Yuran Penyertaan
RM6,000 seorang penunggang bagi keseluruhan musim (4 pusingan)
RM 30 Yuran Pentadbiran
Syarat-syarat Penyertaan
Umur: 13 - 15 tahun
Pengalaman: Tidak diperlukan
Tinggi: Melebihi 150cm
Berat: Kurang dari 70kg
Kewarganegaraan: Malaysia sahaja
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Junior GP Sdn Bhd
Level 1, Bangunan Bangsaria
No. 45E, Jalan Maarof
59000 Bangsar
Kuala Lumpur
Hubungi: Encik Zaini ditalian 03-22873878 atau e-mel ke info@aprilia.com.my
www.aprilia.com.my