Acara MAM
MAM Competitors' Incentive Programme for Rally Drivers
MAM bersama Wheel Sport Management Sdn Bhd telah menjalankan program ini bagi kelas Clubman/Novice. Tujuan program ini adalah untuk menyokong peserta kali pertama serta para peserta baru lainnya untuk memasuki kejohanan ini. Seramai 10 orang pemandu ralli akan mendapat manfaat melalui insentif kewangan ini. MAM menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM1,500 bagi setiap seorang pemandu untuk setiap lima pusingan tahun ini. Insentif tersebut akan diberi secara berperingkat berdasarkan penamatan perlumbaan. Wang sebanyak RM500 akan dihulurkan kepada Wheel Sport Malaysia selaku penganjur bagi yuran penyertaan, RM500 diberi bagi permulaan acara dan baki RM500 diberikan selepas tamat acara. Setakat ini, MAM telah menyumbang sebanyak RM75,000 untuk keseluruhan lima pusingan di bawah program program ini, Terdapat beberapa pra syarat yang dikenakan bagi mendapatkan bantuan kewangan daripada MAM. Syarat yang pertama, setiap pelumba harus mendaftar bagi kategori Clubman Class MRC. Penyertaan hendaklah secara persendirian dan mereka yang layak hanyalah rakyat Malaysia berumur di antara 18 hingga 35 tahun. Kenderaan yang dipandu oleh pelumba baru ini mestilah kereta jenis pacuan dua roda dan dikeluarkan secara tempatan.
Jadual kejohanan adalah seperti berikut;
| 24 - 25 Mei 2008 | Kangar, Perlis |
| 28 - 29 Jun 2008 | Mahkota Square, Pahang |
| 02 - 03 Ogos 2008 | Desaru, Johor |
| 10 - 12 Oktober 2008 | Johor Bahru, Johor |
| 22 - 23 November 2008 | Sepang, Selangor |
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Wheel Sport Management Sdn Bhd
B5-3A Jalan Selaman 1
Dataran Palma
68000 Ampang
Selangor
Hubungi: Tengku Shaharin Abu Bakar Tengku Suleiman, Direktor di 603-42704656/019-6664999
Fax: 603-42704878