Acara MAM

MAM Grass Racing Autocross Championship

MAM Grass Racing Autocross Championship dianjurkan oleh peneraju utama komuniti autokross Malaysia atau lebih dikenali sebagai Grass Racing Autosports Sdn Bhd ("GRA"). MAM berkerjasama dengan Grass Racing Autosports Sdn Bhd untuk mengaplikasi cara-cara terbaik membangunkan acara autocross dengan peraturan-peraturan acara yang teratur dan jelas. Kejohanan ini dijalankan di tapak-tapak letak kereta yang besar dengan susunan pylon di sekitar litar untuk mendapatkan impresi litar lumba kecil. Sebanyak lima pusingan telah dijadualkan untuk kejohanan ini dan ianya adalah bertujuan untuk memperkembangkan acara autocross di samping memberi peluang kepada para peminat autocross untuk berlatih dan memperbaiki kemahiran pemanduan masing-masing dalam persekitaran yang selamat dan terkawal.

Jadual kejohanan adalah seperti berikut;

12 - 13 April 2008 Stadium Shah Alam, Selangor
07 - 08 Jun 2008 Stadium Shah Alam, Selangor
06 - 07 September 2008 Litar Antarabangsa Sepang Tapak Letak Kereta PA3
27 September 2008 Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang (Pusingan Jemputan)
25 - 26 Oktober 2008 Stadium Shah Alam, Selangor
22-23 November 2008 TBA

Yuran Penyertaan

Sebuah kerete satu kategori - RM150.00

Satu Kumpulan - RM210.00

» Syarat-syarat Teknikal

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;

Grass Racing Autosports Sdn Bhd
42, Jalan SS26/13
Taman Mayang Jaya
47301 Petaling Jaya
Selangor
Hubungi: Mr Ian Khong at 03-78051930/019-3373879
Fax: 03-78051930