Acara MAM

National ScooterPrix MAM Championship

National Scooterprix Championship ialah evolusi acara-acara/perlumbaan skuter yang dianjurkan oleh MUSC Enterprise Sdn Bhd sejak 2006; bermatlamat untuk menyatukan semua pengguna skuter di Negara ini demi mempromosi kewujudannya serta keunikannya; disamping mengenal pasti mereka yang berbakat dikalangan pelumba. Dengan pengikut seramai 10,000 ahli, MAM berpendapat ia adalah penting untuk menyokong kumpulan ini dalam siri-siri peringkat permulaan sukan bermotor. Kejohanan ini adalah terbuka pada sesiapa yang mempunyai skuter bersesuaian, menjadikannya kos penyertaannya rendah. MAM berharap untuk mengurangkan aktiviti lumba haram dengan adanya program-program seoerti ini. MUSC Enterprise akan menganjurkan sebanyak 6 pusingan bagi kejohanan ini disekitar Negara. Skuter-skuter yang terlibat adalah daripada pelbagai buatan dan umur para peserta adalah dalam lingkungan 13-25 tahun.

Jadual kejohanan adalah seperti berikut ;

22 - 23 April 2008 Litar Speedway Plus Elite USJ, Selangor
10 - 11 Mei 2008 Litar Dato Sagor Circuit, Pasir Salak, Perak
28 - 29 Jun 2008 Litar Speedway Plus Elite USJ, Selangor
16 - 17 Ogos 2008 Litar Dato Sagor, Pasir Salak, Perak
18 - 19 Oktober 2008 Tapak Letak Kereta PA3, Litar Antarabangsa Sepang, Selangor
Disember 2008 TBA

Yuran Penyertaan

Satu Kategori RM90.00

» Syarat-Syarat

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;

MUSC Enterprise
No. 36, Jalan PP 5
Taman Pinggiran Putra
43300 Seri Kembangan
Selangor
Hubungi: Mohd Nizam, Managing Director at 03-89436434/ 012-3013830/016-6681490
Fax: +603-89436434