Pusingan pertama WMK MAM-SIC Rally X Series 2010 akan diadakan hujung minggu ini pada 11 April 2010 di Litar Antarabangsa Sepang. Bertempat di tapak letak kereta A3 (hadapan Petronas dijalan menghala LCCT) dan bersorak bersama-sama kepada yang bertanding, memperbaiki kemahiran fotografi, mendalami mengenai persediaan kereta perlumbaan dan teknik memandu dan beramah-mesra dengan pemandu-pemandu.
Penyertaan kali ini termasuk juara rali junior 2009 A Magendran dan Mohd Shafiq, ‘Autocrosser’ Malaysian terkenal Ivan Khong, Julian Phang, Mickey Teoh dan pemandu rali wanita Gina Finanza, Guanne Khoo dan Pemandu Drift Leona Chin.