|
 |
 |
|
|
|
 |
BERITA |
| PERSAINGAN KART SLALOM MUSIM 2009 TAMAT DENGAN JAYANYA |
Persaingan di antara adik Mohd Syazuwie bin Zawawi dan adik Muhammad Ammar Rohasreen untuk merebut Juara Keseluruhan MAM Kart Slalom Series 2009 telah berlangsung di dalam penuh persaingan yang hebat pada 27 Februari di Kawasan Letak Kereta, Giant Superstore, Tambun, Ipoh.
2 sahabat itu telah bertanding dengan penuh semangat kesukanan. Kesilapan Ammar memandu terlalu agresif di selekoh U & perlahan telah menyebabkan beliau kehilangan banyak masa sewaktu pertandingan berlangsung. Adik Ammar hanya mampu mencatatkan sekitar 56.86 saat di litar sepanjang 450 meter di kawasan letak kereta Giant, Tambun, Ipoh itu. Beliau hanya mampu menduduki tempat ke-5 keseluruhan dan tempat ke 3 bagi Kelas KS-Kadet. |
| Selanjutnya |
 |
| PUSINGAN AKHIR MAM KART SLALOM & AUTOKHANA SERIES 2009 |
Kejayaan penganjuran MAM Autokhana Series & MAM Kart Slalom Series 2009 dalam 3 pusingan sebelum ini di Ipoh telah membuktikan bahawa sukan autokhana sudah mula mendapat tempat di hati peminat-peminat sukan permotoran tanahair.
Sepanjang 3 pusingan yang telah dilangsungkan sebelum ini, MAM Autokhana telah berjaya menarik minat & mengumpulkan peserta-peserta dari Lembah Klang, Perak, P.Pinang, Kedah & Perlis. Acara asas sukan bermotor yang mempunyai kos penyertaan paling murah ini turut menjanjikan cabaran litar yang sangat menarik di kawasan letak kereta Giant Tambun Ipoh minggu ini. |
| Selanjutnya |
 |
| SATU LAGI PUSINGAN YANG BERJAYA DI IPOH |
Satu lagi pusingan yang berjaya bagi Siri MAM Autokhana dan Kart Slalom yang telah diadakan di Ipoh pada hari Ahad (Jun 14) telah membantu mencungkil lebih ramai pemandu berbakat. Sejumlah 30 orang pemandu telah hadir untuk mengambil bahagian dalam pusingan kedua di Negeri Perak bertempat di Giant Superstore di Sunway City, Tambun.
Pemenang Pusingan Pertama, Mohd Sani Mohd Yusof adalah juara hari tersebut apabila dia hampir berjaya dengan tiga kemenangan dari empat kelas. Bagaimanapun, dia berjaya memperoleh dua kemenangan pada hari itu dengan tempat pertama bagi Kelas 1. Dengan trek sepanjang 630m, jumlah masa adalah dikira daripada purata masa dua perlumbaan. Sani mencatat masa 2:10.36s dengan menewaskan Lan Hong Chan dengan masa tujuh saat manakala Robert Long Eng Keat mendapat tempat ketiga dengan masa 2:20.44s. |
| Selanjutnya |
 |
| SUCCESS IN IPOH AT AUTOKHANA AND KART SLALOM EVENT |
Ipoh, April 27, 2009 - Ipoh will be a memorable stopover for city slicker Timothy Hardie Ketit. Timothy bagged top honours in the opening round of the Motorsports Association of Malaysia Autokhana Series 2009 in Ipoh Perak on Sunday (yesterday). With the weather sunny the 0.52km course saw a respectable total of 25 cars compete in the challenge which was staged at the Giant Superstone in Sunway City, Tambun.
As for Timothy, his Nissan Sylvia not only won the Class 4 (2000cc and above) title but also snatched the Best Autoshow award too. "It was a well organised racing event, congratulations to the organiser. I drove up to Ipoh from KL to experience the Ipoh version of AutoKhana and it was worth the time and money," said Timothy. "My car also won the best autoshow award too so it was really worth the effort," added Timothy. |
| Selanjutnya |
 |
|
|
|
|
| |
 |
|
 |
|