MAM mengalu-alukan semua kelab sukan bermotor, pelumba, penganjur, litar, peserta dan entiti komersial dalam sukan motor untuk bergabung dengan MAM. Tujuan MAM ditubuhkan adalah untuk menyediakan keperluan tunas sukan dan membantu untuk menjadikan Malaysia sebagai hub sukan bermotor di Asia Tenggara.
Dengan bergabung ahli-ahli gabungan MAM akan secara automatik mematuhi Perlembagaan MAM (Artikel Persatuan & Memorandum) dan akan mengamalkan segala peraturan-peraturan/perundangan kawalan sukan dibawah seliaan MAM.
Ahli-ahli gabungan dijemput untuk menghadiri dan melibatkan diri dalam bengkel dan seminar yang dianjurkan di tempat - tempat yang strategik di seluruh Malaysia.
Bergabung dengan MAM tidak menghalang sebarang kelab dan pelumba untuk bergabung dengan AAM. Di samping itu, pegawai yang berkhidmat dengan AAM juga boleh mengambil bahagian atau menyertai dalam program yang diluluskan atau dianjurkan oleh MAM.
Pelumba yang mempunyai lesen AAM yang sah adalah dibenarkan untuk menyertai sebarang program yang diluluskan atau dianjurkan oleh MAM tanpa perlu mendapatkan lesen perlumbaan daripada MAM, namun, ia tertakluk kepada keperluan MAM di mana seseorang pelumba harus mempunyai kemahiran yang sesuai dan memahami undang - undang serta peraturan MAM. |