PENERANGAN TERPERINCI LANJUT
Kenderaan
Di bawah skim ini, kenderaan baru dan lama boleh diimport dan diubahsuai atau dibina semula di Malaysia tetapi kenderaan-kenderaan tersebut tidak boleh didaftar untuk kegunaan peribadi. Ini bagi mengelak sebarang isu dan/atau penyalahguanaan sistem AP.
Kenderaan-kenderaan buatan tempatan dan yang dibina di sini juga adalah dikecualikan daripada duti eksais dan cukai jualan, sepertimana alat-alat ganti, tayar-tayar dan peralatalan-peralatan keselamatan yang dibina di Malaysia.
Skim ini adalah khusus bagi kenderaan yang digunakan dalam pertandingan sukan bermotor. Kenderaan yang digunakan untuk aktiviti harian tidak layak di bawah skim ini.
Bagi kereta 'rally' dan kenderaan 'off road' yang lain, sekiranya mereka digunakan untuk pertandingan tetapi harus dipandu di atas jalan (untuk tujuan dan peringkat pengangkutan) bersempena pertandingan/acara adalah juga layak untuk mendapatkan pengecualian. MAM kini sedang bekerjasama dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan bagi membincangkan syarat-syarat pendaftaran kereta-kereta terbabit. Pematuhan adalah sangat ketat dan walaupun percubaan jalan (road testing) adalah sedikit sebanyak dibenarkan, ianya adalah sangat terhad, Pengendalian dan persetujuan berkenaan pendaftaran kenderaan akan diumumkan dalam masa terdekat ini.
Para pelumba dan Pasukan akan diberi permit pengecualian sekiranya MAM berpuas hati bahawa kenderaan-kenderaan dan alat-alat ganti adalah khusus bagi tujuan perlumbaan. Import bagi kenderaan-kenderaan untuk siri-siri pertandingan yang tidak wujud tidak akan dilayan.
Kebanyakan kenderaan mesti mempunyai Buku Log Kenderaan Sukan Bermotor ('Motor Sport Vehicle Log Book - MSV Log Book') yang akan dikeluarkan oleh MAM. Buku Log MSV adalah elemen penting yang mentadbir skim ini dengan cara pengenalpastian kenderaan. Semua data masuk buku log hendaklah dimasukkan kedalam pangkalan data berkomputer bagi membolehkan pengawasan yang luas untuk memastikan kepatuhan. Kos bagi Buku Log MSV adalah dalam lingkungan RM200.00 dan RM500.00.
Kenderaan yang dikecualikan daripada cukai hanya boleh diimport oleh para peserta yang mempunyai lesen perlumbaan/pertandingan atau pasukan yang memegang 'Entrants Licence' yang dikeluarkan oleh MAM. Import am untuk jualan selepas itu adalah tidak dibenarkan.
Pengecualian Am, Go Kart, Motorsikal, Tayar & Peralatan Keselamatan
Go kart, motorsikal mini, motorsikal motocross dan beberapa motosikal lain tidak memerlukan Buku Log MSV kerana mereka tidak boleh digunakan untuk tujuan lain selain untuk perlumbaan sukan bermotor. Motorsikal yang berpotensi untuk digunakan di atas jalan raya memerlukan buku log MSV.
Tayar dan peralatan-peralatan keselamatan juga boleh menikmati pengecualian cukai.
Pengimport dan pengeluar tempatan adalah dibenarkan untuk mengimport dan menjual peralatan di atas tanpa duti/eksais/cukai secara terus kepada pelumba dan pasukan yang memegang lesen sah MAM tanpa peserta aau pasukan terbabit memperolehi permit pengecualian dari MAM. Para penjual akan melaporkan jualan kepada MAM secara bulanan. Syarikat-syarikat yang ingin menjual peralatan-peralatan tersebut mestilah memperolehi kebenaran daripada MAM terlebih dahulu. Syarikat-syarikat yang dibenarkan mesti memeterai perjanjian dengan MAM untuk mengawalselia kepatuhan dan operasi skim ini.
Komponen-kompenen dan Alat-Alat Ganti
Hanya pelumba dan pasukan sahaja yang dibenarkan untuk mengimport komponen dan alat ganti untuk kegunaan mereka sendiri. Tiada sebarang import untuk jualan di kaunter dibenarkan bagi tujuan ini. Ini adalah untuk memastikan kepatuhan kepada skim. MAM akan sentiasa mengawal dan memastikan komponen dan peralatan digunakan bagi tujuan yang dibenarkan dan bukan untuk kegunaan pada kenderaan-kenderaan persendirian. Para pelumba yang juga menggunakan kenderaan mereka untuk kegunaan sendiri adalah tidak layak untuk pengecualian.
Jika anda memiliki kenderaan yang sudah digunakan untuk pertandingan, sama ada dengan pengecualian duti dan cukai atau tidak, anda masih layak untuk ditempatkan dibawah skim ini, dengan syarat kenderaan tersebut digunakan untuk pertandingan sahaja. Sebagai contoh, seorang pelumba yang memiliki kereta rally lama yang didaftar di atas jalan tetapi kereta tersebut hanya digunakan dalam pertangingan (bukan untuk tujuan penggunaan sendiri di atas jalan) akan dibenarkan untuk mengimport peralatan dan komponen atau membeli peralatan dan komponen tempatan tanpa duti/cukai. Walaubagaimanapun, Buku Log MSV mesti diperolehi dari MAM bagi tujuan tersebut.
Kepatuhan
Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri boleh membatalkan skim ini bila-bila masa jika ianya disalah gunakan. Oleh itu, MAM akan mempunyai prosedur yang ketat bagi mengawal kepatuhan. Ini adalah sebab mengapa perlunya ada Buku Log MSV untuk kenderaan-kenderaan yang berpotensi untuk digunakan di jalan raya. Kenderaan-kenderaan terbabit akan dikenalpasti secara jelas di dalam Buku Log tersebut dan beberapa cara pengesanan akan digunakan bagi tujuan tersebut.
Komponen-komponen dan alat-alat ganti untuk kenderaan tersebut boleh juga terlepas ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Oleh sebab yang demikian, semua pembelian akan direkod di dalam Buku Log tersebut sebagai cara pemantauan penggunaan alat-alat ganti dan komponen.
Akibat daripada kegagalan mematuhi syarat-syarat dan peraturan di bawah skim ini adalah amat berat. Bukan sahaja kesemua duti dan cukai perlu dibayar, denda yang tinggi juga akan dikenakan. Kenderaan dan alat-alat ganti juga mungkin akan dirampas.
Sekiranya anda tidak melakukan sebarang kesalahan dan mematuhi segala syarat-syarat dan peraturan, anda tidak perlu khuatir terhadap sebarang akibat daripada kegagalan mematuhi syarat-syarat dan peraturan di bawah skim ini.
Sila rujuk laman MAM untuk pengemaskinian secara kerap.
Syarat-syarat dan peraturan mungkin ditukar tanpa sebarang notis.
|