PEMBIAYAAN UNTUK PEMBANGUNAN SUKAN
Bantuan pembiayaan ada disediakan untuk membantu pertumbuhan sukan bermotor. Bantuan kewangan ini ditadbir oleh Suruhanjaya Sukan Bermotor Malaysia tetapi permohonan harus dihantar melalui MAM.
Geran untuk Kelab-kelab
Kelab yang telah bergabung boleh memohon bantuan kewangan untuk membangunkan aktiviti-aktivi mereka, terutama untuk perkembangan belia dan latihan untuk pegawai-pegawai kelab. Geran ini boleh dipohon untuk projek khas seperti pembangunan program dan pertandingan, membeli peralatan dan latihan berkenaan inisiatif baru.
Pembiayaan untuk Pelumba
Kami juga menyediakan pembiayaan untuk pelumba individu di dalam program yang direka bagi mengenalpasti pelumba yang berbakat dan menyediakan peningkatan perkembangan untuk mereka mencapai kejayaan.
Pelumba Ternama dan Projek Komersial
Bantuan pembiayaan adalah terhad. Bantuan pembiayaan ini pada umumnya bukan untuk Pelumba Ternama atau Projek Komersial kerana focus kami adalah untuk pembangunan belia dan aktiviti kelab. MCM dan/atau MAM, kedua-duanya tidak memberikan tajaan. Walaubagaimanapun, kami boleh membantu dari segi yang lain seperti membantu menyediakan pembentangan kertas cadangan tajaan dan pengenalan kepada penaja.
Dalam kes-kes tertentu, iaitu projek berkepentingan negara, kerajaan mungkin membantu pembiayaan projek tersebut jika ianya boleh memberi kepentingan keuntungan ekonomi kepada komuniti atau melahirkan/menghasilkan pendedahan antarabangsa kepada Malaysia. Ciri pembiayaan untuk projek seperti ini adalah spesifik dan tiada jaminan untuk pembiayaan walaupun pelan projek yang dibentangkan adalah baik.
Garis panduan pembiayaan boleh berubah tanpa notis kerana ianya adalah inisiatif baru dimana ianya perlu diubahsuai mengikut perkembangan program.
Garis Panduan Pembangunan Sukan
Competitor Funding Application
Permohonan Geran Kelab |