MAM Grass Racing Autocross Championship dianjurkan oleh peneraju utama komuniti autokross Malaysia atau lebih dikenali sebagai Grass Racing Autosports Sdn Bhd ("GRA"). MAM berkerjasama dengan Grass Racing Autosports Sdn Bhd untuk mengaplikasi cara-cara terbaik membangunkan acara autocross dengan peraturan-peraturan acara yang teratur dan jelas.
Kejohanan ini dijalankan di tapak-tapak letak kereta yang besar dengan susunan pylon di sekitar litar untuk mendapatkan impresi litar lumba kecil. Sebanyak lima pusingan telah dijadualkan untuk kejohanan ini dan ianya adalah bertujuan untuk memperkembangkan acara autocross di samping memberi peluang kepada para peminat autocross untuk berlatih dan memperbaiki kemahiran pemanduan masing-masing dalam persekitaran yang selamat dan terkawal.
Kelas/Kategori
Pro-Grass (Pemandu Pro & Novice)
Class OA: Di Bawah 1500cc
Class OB: 1501-1600cc
Class OC: 1601-2200cc
Class OD: Melebihi 2200cc
Grass Class (Pemandu Novice)
Class A: Di Bawah 1300cc
Class B: 1301-1600cc
Auto Grass (Pemandu Pro & Novice) Automatic Transmission Only
Class AA: Sehingga 2500cc
Yuran Penyertaan
Satu Kereta/Kategory RM100
Yuran penyertaan bagi satu pasukan RM200 tidak termasuk yuran penyertaan pemandu utama
Yuran Kemasukkan RM 50 (satu kali bagi kesemua GRA Autocross Championships). Ini membolehkan peserta untuk menghadiri ‘GRA Race of Champions Dinner 2009’ pada hujung tahun.