William Lim muncul sebagai pemenang dalam pusingan ke-2 Kejohanan Grass Racing Autocross 2009 yang telah diadakan buat kali pertama di Akademi Memandu Metro, Puchong pada hari Ahad. Lim menyertai kategori Auto Grass AA (sehingga 1600cc) di litar sepanjang 700m dengan Fred Foong dan Adam Morcos mengambil tempat kedua dan ketiga masing-masing.
‘Sudah beberapa tahun dalam kejohanan saya memenangi kategori ini. Saya harap untuk menang lagi di pusingan yang akan datang. Tambahan pula, ini merupakan sebuah tempat baru dan bentangan laluan adalah amat mencabar,” kata Lim, yang juga telah memenangi kategori Pro-Grass Kelas OA (di bawah 1300cc).