Motorsports Association of Malaysia (MAM) yang bermatlamat untuk mengembangkan sukan bermotor Negara dengan kerjasama Sepang International Go-Kart Centre akan menganjurkan program MAM Karting Talent Search 2009. Program ini adalah untuk mengenalpasti bakat-bakat muda yang berpotensi untuk bertanding di 'National Karting Development Series'.
Dua puluh peserta teratas yang dipilih pada akhir siri akan diberi peluang untuk menyertai siri nasional. Sebuah program akan diaturkan untuk memilih 20 pelumba.
Masa minima yang diberikan kepada seorang pelatih ialah 60 minit. Bagaimanapun, kriteria untuk pemilihan 50 kanak ini tertakluk kepada beberapa syarat.
Syarat Penyertaan
Umur : 8-14 tahun (Tarikh Lahir antara 1 Jan 1995 - 31 Dec 2001)
Warganegara : Malaysia
Pengalaman : Bersemangat dan berminat dalam perlumbaan go-kart (belum pernah mempunyai lesen AAM/MAM)
Tarikh 'Talent Search'/ Pencarian Bakat:
Sesi
Tarikh
Pusat Kart
1
5 & 6 Disember 2009
Sepang International Go-Kart Centre
2
12 & 13 Disember 2009
Sepang International Go-Kart Centre
3
19 & 20 Disember 2009
Sepang International Go-Kart Centre
4
26 & 27 Disember 2009
Sepang International Go-Kart Centre
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini sila hubungi Encik Fazli Mukhtar ditalian 03-7622 8000 atau 012-308 3890.