Kalendar

BERITA

20 ROOKIE MAM SEDIA UNTUK MENGEGAR LITAR

‘MAM Karting Talent Search 2009’ telah menghasilkan 20 calon-calon pelumba untuk meneruskan penyertaan dalam Fasa ke-3 menerusi Siri Pembangunan Karting Nasional 2010. MAM Rookies akan diberikan satu peluang untuk diterapkan sebagai bintang masa depan dalam kategori “single seater”.

En Fazli Mukhtar, Pengurus Pembangunan Sukan Bermotor berkata, “Daripada 40 karters, 20 karters 10 setiap satu dari Cadet dan Junior telah dipilih berdasarkan kemahiran, keazaman, komitmen, kecekalan dan disiplin di sepanjang proses pemilihan. MAM berasa bangga kerana program pencarian bakat ini telah membantu pertumbuhan sukan dengan menemui pelumba-pelumba bakat baru. Kami akan terus mengeluarkan bakat-bakat dalam program-program kita dengan harapan mencipta juara dunia Malaysia'.

Selanjutnya
SESI SHOOT-OUT YANG HEBAT

Ia merupakan hari Ahad yang bersejarah bagi 40 karter yang terpilih daripada 174 yang telah mengambil bahagian dalam MAM Karting Talent Search yang telah diadakan sepanjang bulan Disember 2009. Hari ini akan menandakan satu lagi peristiwa penting dengan pemilihan 20 karter terbaik, 10 setiap satu daripada Cadet dan Junior yang akan dikenali sebagai ‘MAM Rookies 2009/2010'.

Dalam kategori Junior, Shaqeer Haire Saiful Rizal, berumur 13 tahun dari SMK Damansara Utama mencatat masa terpantas 1.03.6260s diikuti rapat oleh Daniel Francis, berumur 14 tahun dari SM Subang Utama dengan masa 1.03.7780s.

Selanjutnya
EMPAT PULUH PENUH HARAPAN

Turutan kepada kejayaan fasa pengenalan MAM Karting Talent Search, Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (”MAM”) kini mengorak langkah kehadapan. Dari Kem Kart yang telah diadakan sepanjang bulan Disember 2009 di Litar Go-Kart Antarabangsa Sepang MAM telah mengenal pasti seramai 40 karters untuk sesi ‘Shoot-Out’ yang dijadualkan pada 31hb Januari, 2010.

Selanjutnya
ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARIPADA 40 YANG TERPILIH?

Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (“MAM”) berasa bangga dengan maklum balas positif dan sambutan hangat yang diperolehi daripada ibu bapa untuk Kart Kem yang telah diadakan di Litar Antarabangsa Go Kart Sepang di sepanjang Disember 2009. Pencarian bakat ini terbuka hanya kepada kanak-kanak sekolah warganegara Malaysia yang menuntut di sekolah rendah dan menengah rendah dalam lingkungan umur 7 dan 14 tahun.

Selanjutnya
PENCARIAN BINTANG MASA DEPAN DALAM ’KART CAMP’ PERTAMA MAM

’Kart Camp’ pertama yang telah diadakan pada 5 & 6 Disember telah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Beberapa orang peserta berjaya mempamerkan bakat mereka dalam sesi pertama Motorsports Association Malaysia (MAM) Karting Talent Search yang telah diadakan di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang. Mereka telah melakukan yang terbaik dan dapat menarik perhatian juri pemilih bagi Kategori Cadet dan Kategori Junior dan kini mereka boleh melangkah maju ke tahap pemanduan yang lebih tinggi.

Turut hadir diacara ini ialah Ketua Eksekutif MAM, Mia Sharizman Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Lotus F1 Racing, Riad Asmat dan Pengarah MAM, Alex Yoong. Program ini adalah kerjasama diantara 1 Malaysia Racing and Sepang International Circuit.

Selanjutnya
LANGKAH PERTAMA MAM KE F1

Musim perlumbaan hebat 2009 akan berakhir tetapi persiapan Motorsports Association of Malaysia bagi musim 2010 untuk mencungkil bakat-bakat baru telah bermula demi perkembangan sukan bermotor. Dengan penubuhan 1Malaysia Formula 1 Team pada tahun ini, pengenalpastian bakat-bakat dalam disiplin karting terletak di senarai teratas.

Program Pencarian Bakat ‘MAM Karting Talent Search’ akan diadakan pada setiap hujung minggu di sepanjang bulan Disember dan ia merupakan kali kedua diadakan selepas kejayaan yang dicapai pada tahun lepas. Acara ini terbuka hanya kepada kanak-kanak sekolah warganegara Malaysia yang menuntut di sekolah rendah dan menengah rendah dalam lingkungan umur 8 dan 14 tahun.

Selanjutnya

 

 

 

 
  Berita
  Keputusan
  Kalendar Acara
  Maklumat
  Multimedia
   
  Kategori Sukan Bermotor
  Peraturan Perlumbaan
  Pengawai
  Gabungan
  Pembangunan Pembiayaan
  Insuran & Keselamatan
  Lesen Perlumbaan
  Permit Penganjuran Acara
  Duti & Pelepasan Cukai
  Borang