Ahli Lembaga Pengarah MAM adalah badan yang berkuasa penuh dalam pentadbiran semua aktiviti sukan bermotor yang diluluskan (sanction) oleh MAM. Ahli Lembaga Pengarah ini dianggotai secara maksimum tujuh orang pengarah (salah seorangnya Pengerusi) yang dilantik berdasarkan kemahiran mereka di dalam pengurusan perniagaan dan sukan bermotor. Perlantikan mereka akan dilaksanakan sepanjang tahun 2008. Kelab-kelab gabungan boleh mencalonkan Pengarah MAM daripada sukan bermotor sendiri. Tujuannya adalah untuk menubuhkan satu kepakaran perniagaan dan sukan yang unik serta kompeten.
Hal ehwal harian MAM diuruskan oleh Ketua Eksekutif dengan sokongan para Pengurus Sukan dan para Eksekutif (Pentadbiran Sukan/ Komunikasi, Pembangunan Sukan & Perkhidmatan Ahli, para Penasihat dan para Pegawai).
Jawatankuasa-jawatankuasa kategori, mewakili pelbagai disiplin sukan bermotor untuk kereta dan motorsikal akan ditubuhkan secara berperingkat dalam tahun 2008, seperti
- Jawatankuasa Kategori untuk kereta dan motorsikal (motocross, perlumbaan jalan raya, go-kart, ralli, perlumbaan dan lain-lain)
- Jawatankuasa Teknikal, Perubatan dan Keselamatan
- Jawatankuasa Pembangunan Belia
- Jawatankuasa-jawantankuasa lain yang bersesuaian.
CARTA ORGANISASI

|