Kalendar

BERITA

SITI SHAHIRAH MENDAPAT KEMENANGAN BERGANDA

Siti Shahirah Hasim muncul sebagai juara di hujung minggu ini tetapi gagal untuk menjadi juara keselurohan Kategori Expert Watercool dalam Kejohanan Mini Bike 2009. Gadis yang mencintai kelajuan ini bukan sahaja menjuarai Kategori Expert (Water Cooled) pada Ahad (2hb Ogos, 2009) di Elite PLUS Speedway di USJ, Subang bersempena dengan PLUS Merdeka Motorsports Carnival tetapi menjuarai juga Kategori Expert (Air Cooled).

Selanjutnya
CABARAN MENINGKAT DALAM PUSINGAN KETIGA DAN KEEMPAT

Suasana semakin hangat membara selepas Pusingan Ke-3 dan Ke-4 Kejohanan Malaysian Mini Bike yang telah berjaya diadakan pada hujung minggu lalu (6 Jun). Sebanyak 28 motosikal telah menempati grid permulaan dalam kejohanan ini yang telah diadakan di Litar Speedway Plus.

Pada hari Sabtu (Pusingan Ke-3) Muhd Harith Farhan Baharin meraih kemenangan dalam kategori Formula Plus Mini GP, Aircool Open dan Watercool Open. Harith pelumba NSR Grafik telah mendapat kemenangan dalam Formula Plus Mini GP diikuti dengan rapat oleh Ahmad Afif Amran yang menamatkan perlumbaan 0.5saat di belakang. Mohd Khairul Ikhwan Azis dari Cilik Motorsports berada satu saat di belakang kedua-dua mereka telah berjaya mendapat tempat terakhir dipodium.

Selanjutnya
RAMDAN MEMENANGI PUSINGAN KEDUA

Mohd Ramdan Mohd Rosli telah memenangi Pusingan Kedua, Kejohanan Malaysian Mini Bike. Ramdan, 13 tahun berjaya meraih kejayaan dalam Kategori Expert AC dan WC dilitar Speedway Plus semalam dan menempatkannya di hadapan kejohanan.

“Ia merupakan hari perlumbaaan yang baik dan saya berasa bangga semuanya berjalan lancar bagi saya. Saya akan meneruskan usaha dan berharap untuk mengulangi kejayaan di perlumbaan yang akan datang,” kata Ramdan.

Selanjutnya
MOHD RAMDAN MEMBUAT PENAMPILAN PERTAMANYA

Mohd Ramdan Mohd Rosli dari Team Comma Motorsports berjaya menewaskan semua pesaingnya dengan menjadi pelumba terpantas dilitar pada hari ini di pusingan pertama Malaysian Mini Bike Championship 2009 di Kelab Komuniti Cyberjaya. Penunggang berumur 13 tahun ini berjaya mencatat rekod kemenangannya yang pertama bagi musim ini diikuti oleh Mohd Khairul Ikhwan yang mendapat tempat kedua dan Mohd Aznil Ali di tempat ke tiga dalam kategori Formula KBS Mini GP.

Selanjutnya
CABARAN MOTOR MINI MUSIM 2009

Untuk tahun yang ke-3 berikutnya, MAM bersama Kelab Sukan Bemotor Integrasi dan Comma Motorsports akan menganjurkan ‘Malaysian Mini Bike Championship 2009’. Kejohanan ini telah mendapat tempat dikalangan kanak-kanak diantara umur 7-14 tahun untuk memulakan langkah resmi dalam kerjaya perlumbaan motor 2 roda. Pelumba-pelumba dari seluruh negara akan sekali lagi bertemu untuk merebut gelaran menjadi Juara Motor Mini Malaysia.

Selanjutnya

 

 

 
  Berita
  Keputusan
  Kalendar Acara
  Maklumat
  Multimedia
   
  Kategori Sukan Bermotor
  Peraturan Perlumbaan
  Pengawai
  Gabungan
  Pembangunan Pembiayaan
  Insuran & Keselamatan
  Lesen Perlumbaan
  Permit Penganjuran Acara
  Duti & Pelepasan Cukai
  Borang