MAM MX Talent Search 2008 ialah sebuah program carian bakat bertujuan untuk mengadakan siri kejohanan pada tahun 2009. Siri ini dijalankan dengan menggunakan Naza 115cc (four strokes under bone) dengan peserta berumur dalam lingkungan 13-17 tahun. Klinik cubcross ini diadakan selama dua hari dimana peserta yang novis atau yang tidak mempunyai pengalaman menunggang langsung berpeluang untuk mendapatkan tip-tip penunggangan yang betul. Sesi ini merangkumi modul-modul teori dan praktikal, dengan tunjuk ajar berkenaan teknik-teknik tunggangan yang betul seperti dinamik-dinamik imbangan motor, permulaan, komponen-komponen serta bahagian-bahagian motor. Program ini dianjurkan oleh Kartika Bebas Sdn Bhd.
Sejumlah 6 pusingan telah dijadualkan untuk MAM Motocross Talent Search dengan pemilihan lima peserta daripada setiap pusingan untuk memasuki Pusingan Ke-6, iaitu Pusingan Akhir. Para penunggang tersebut kemudiannya akan layak untuk memasuki pusingan kelayakan untuk pemilihan siri junior dalam Kejohanan MAM Motocross pada tahun depan. Program ini akan diulang kembali pada tahun seterusnya dengan tujuan merekrut bakat-bakat baru untuk Kejohanan Motorkross 2010, dan begitulah seterusnya. Tahun pertama melibatkan pemilihan para peminat muda melalui Talent Search Coaching Clinic dengan tujuan memberi bakat-bakat muda ini peluang untuk memasuki Kejohanan Motocross Nasional di tahun kedua.