Kalendar

 
MAM icon MAM COLLABORATES WITH SIC

The Motorsports Association of Malaysia (‘MAM’) the national motorsports development body will intensify its collaboration with Sepang International Circuit (‘SIC’) the prime national motor sport facilities in the country. Under this collaboration arrangement, the management of MAM and SIC will be working hand in hand in developing the national motor sport program and the facilities at SIC further to fulfill the Malaysian Government’s vision to develop Malaysia and in particular SIC into a regional motor sports hub.

Selanjutnya
MAM icon EXCLUSIVE INTERVIEW WITH MR.JAGJEET SINGH

Mr Jagjeet Singh the Event Manager of WheelSpin Event Management has been an affiliate of MAM since 2008. He has been organising motor sport events for the enthusiast at a reasonable cost since then. Mr.Jagjeet is popular among the rally enthusiast. Featured below is a short get to know session for those who are new to the industry.

Selanjutnya
SIRKIT MOTOCROSS / ENDURO TAHUN 2010

Jabatan Belia Dan Sukan ( Persekutuan ) Negeri Sabah dengan kerjasama Persatuan Sukan Bermotor & Kembara Sabah telah berjaya menghimpunkan seramai 60 peserta mengikuti Klinik Asas Motosikal Off Road pada 15 – 16/05/2010 di Litar Off Road Kg Jawa, Lahad Datu, Sabah.

Klinik yang julung kali diadakan di Negeri Sabah untuk penggemar motosikal lasak ini dikendalikan oleh Wan Razali Bin Wan Mamat bekas pelumba Motocross Malaysia dan bertugas sebagai Manager Motor Sport Development di Motorsports Association of Malaysia ( MAM ) Shah Alam, Selangor. Turut terlibat secara langsung selama dua hari program ini ialah Muhd Fitri Bin A. Rahman, Pegawai Penyelaras daripada Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah serta Sjn Mohd Kamaruden Bin Hambali Setiausaha Persatuan Sukan Bermotor & Kembara Sabah dan Sjn Ahmad Saipi Bin Daud ( Bendahari ).

Selanjutnya
MAM Rally X Series icon SIRI WMK MAM-SIC RALLY X 2010

Pusingan pertama WMK MAM-SIC Rally X Series 2010 akan diadakan hujung minggu ini pada 11 April 2010 di Litar Antarabangsa Sepang. Bertempat di tapak letak kereta A3 (hadapan Petronas dijalan menghala LCCT) dan bersorak bersama-sama kepada yang bertanding, memperbaiki kemahiran fotografi, mendalami mengenai persediaan kereta perlumbaan dan teknik memandu dan beramah-mesra dengan pemandu-pemandu.

Penyertaan kali ini termasuk juara rali junior 2009 A Magendran dan Mohd Shafiq, ‘Autocrosser’ Malaysian terkenal Ivan Khong, Julian Phang, Mickey Teoh dan pemandu rali wanita Gina Finanza, Guanne Khoo dan Pemandu Drift Leona Chin.

Selanjutnya
MAM icon MAM-WHEELSPIN MOTORSPORTS DAY 2010

Bagi julung kalinya Persatuan Sukan Bermotor (“MAM”) penggalak sukan bermotor akar umbi dan Komuniti WHEELSPIN Motorsports akan menganjurkan ’Motorsports Day 2010’ bertujuan untuk memupuk hubungan antara peminat-peminat dari semua disiplin sukan bermotor di Malaysia, memberi peluang kepada pengunjung untuk mengetahui lebih dekat tentang acara-acara sukan bermotor yang diadakan dalam negara dan dengan industri-industri berkaitan disatu lokasi setempat.

Para penganjur, pasukan-pasukan dan penggemar Rallying, Autocross, Drifting, SuperMoto dan kereta-kereta lumba klasik dijangka akan dipamerkan dari jam 2.00 petang - 6.00 petang pada hari Ahad 21 Mac di medan kereta W2 Stadium Shah Alam, Selangor. Juga menarik minat ialah buggies yang jarang-jarang kelihatan di mana-mana acara sukan bermotor yang diadakan di Malaysia.

Selanjutnya
MAM Autokhana Series icon MAM AUTOKHANA SERIES 2009 MENCABAR KEMAHIRAN

Tirai pertandingan bagi MAM Autokhana Series 2009 telah pun dilabuhkan pada Ahad, 28hb Februari yang lalu di Kawasan Letak Kereta, Giant Superstore, Tambun, Ipoh. Objektif & agenda MAM untuk memperkenalkan asas sukan bermotor dan menarik minat golongan muda untuk menceburi perlumbaan kos rendah ini sememang telah mencapai sasaran yang ditetapkan.

Perlumbaan pusingan terakhir itu telah sekali lagi berjaya mengumpulkan hampir 30 penyertaan untuk mereka bersaing di dalam 4 kategori yang dipertandingkan. Ini membuktikan bahawa MAM Autokhana Series 2009 mempunyai purata penyertaan seramai 30 orang pelumba bagi setiap pusingan yang telah dianjurkan sebelum ini.

Selanjutnya
MAM Kart Slalom icon PERSAINGAN KART SLALOM MUSIM 2009 TAMAT DENGAN JAYANYA

Persaingan di antara adik Mohd Syazuwie bin Zawawi dan adik Muhammad Ammar Rohasreen untuk merebut Juara Keseluruhan MAM Kart Slalom Series 2009 telah berlangsung di dalam penuh persaingan yang hebat pada 27 Februari di Kawasan Letak Kereta, Giant Superstore, Tambun, Ipoh.

2 sahabat itu telah bertanding dengan penuh semangat kesukanan. Kesilapan Ammar memandu terlalu agresif di selekoh U & perlahan telah menyebabkan beliau kehilangan banyak masa sewaktu pertandingan berlangsung. Adik Ammar hanya mampu mencatatkan sekitar 56.86 saat di litar sepanjang 450 meter di kawasan letak kereta Giant, Tambun, Ipoh itu. Beliau hanya mampu menduduki tempat ke-5 keseluruhan dan tempat ke 3 bagi Kelas KS-Kadet.

Selanjutnya
MAM Kart Slalom icon PUSINGAN AKHIR MAM KART SLALOM & AUTOKHANA SERIES 2009

Kejayaan penganjuran MAM Autokhana Series & MAM Kart Slalom Series 2009 dalam 3 pusingan sebelum ini di Ipoh telah membuktikan bahawa sukan autokhana sudah mula mendapat tempat di hati peminat-peminat sukan permotoran tanahair.

Sepanjang 3 pusingan yang telah dilangsungkan sebelum ini, MAM Autokhana telah berjaya menarik minat & mengumpulkan peserta-peserta dari Lembah Klang, Perak, P.Pinang, Kedah & Perlis. Acara asas sukan bermotor yang mempunyai kos penyertaan paling murah ini turut menjanjikan cabaran litar yang sangat menarik di kawasan letak kereta Giant Tambun Ipoh minggu ini.

Selanjutnya
MAM Karting Talent Search icon 20 ROOKIE MAM SEDIA UNTUK MENGEGAR LITAR

‘MAM Karting Talent Search 2009’ telah menghasilkan 20 calon-calon pelumba untuk meneruskan penyertaan dalam Fasa ke-3 menerusi Siri Pembangunan Karting Nasional 2010. MAM Rookies akan diberikan satu peluang untuk diterapkan sebagai bintang masa depan dalam kategori “single seater”.

En Fazli Mukhtar, Pengurus Pembangunan Sukan Bermotor berkata, “Daripada 40 karters, 20 karters 10 setiap satu dari Cadet dan Junior telah dipilih berdasarkan kemahiran, keazaman, komitmen, kecekalan dan disiplin di sepanjang proses pemilihan. MAM berasa bangga kerana program pencarian bakat ini telah membantu pertumbuhan sukan dengan menemui pelumba-pelumba bakat baru. Kami akan terus mengeluarkan bakat-bakat dalam program-program kita dengan harapan mencipta juara dunia Malaysia'.

Selanjutnya
MAM Karting Talent Search icon SESI SHOOT-OUT YANG HEBAT

Ia merupakan hari Ahad yang bersejarah bagi 40 karter yang terpilih daripada 174 yang telah mengambil bahagian dalam MAM Karting Talent Search yang telah diadakan sepanjang bulan Disember 2009. Hari ini akan menandakan satu lagi peristiwa penting dengan pemilihan 20 karter terbaik, 10 setiap satu daripada Cadet dan Junior yang akan dikenali sebagai ‘MAM Rookies 2009/2010'.

Dalam kategori Junior, Shaqeer Haire Saiful Rizal, berumur 13 tahun dari SMK Damansara Utama mencatat masa terpantas 1.03.6260s diikuti rapat oleh Daniel Francis, berumur 14 tahun dari SM Subang Utama dengan masa 1.03.7780s.

Selanjutnya

<< Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 Next >>

 
   
  Kategori Sukan Bermotor
  Peraturan Perlumbaan
  Pengawai
  Gabungan
  Pembangunan Pembiayaan
  Insuran & Keselamatan
  Lesen Perlumbaan
  Permit Penganjuran Acara
  Duti & Pelepasan Cukai
  Borang