Kalendar

 
MAM Karting Talent Search icon EMPAT PULUH PENUH HARAPAN

Turutan kepada kejayaan fasa pengenalan MAM Karting Talent Search, Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (”MAM”) kini mengorak langkah kehadapan. Dari Kem Kart yang telah diadakan sepanjang bulan Disember 2009 di Litar Go-Kart Antarabangsa Sepang MAM telah mengenal pasti seramai 40 karters untuk sesi ‘Shoot-Out’ yang dijadualkan pada 31hb Januari, 2010.

Selanjutnya
MAM icon FAHMI GETS HIS MOTOGP FULL SEASON TICKET

AirAsia-sponsored 125cc MotoGP rider Muhammad Zulfahmi Khairuddin earned the ticket to race in the World Championship and will be the first ever Malaysian to compete on the world stage in the 125GP class. 18-year-old Fahmi will race for Ongetta Team I.S.P.A. and will be sponsored by AirAsia. Two Wheels Motor Racing (TWMR), Sepang International Circuit (SIC) and Motorsports Association of Malaysia (MAM) facilitated this successful move to have a Cub Prix rider to compete in the international stage.

Fahmi’s entry in the race is anticipated to raise Malaysia’s standing in the sport. Fahmi gained recognition in the motoring world by making it to the top 20 as a wildcard rider for the AirAsia Malaysia 125cc MotoGP Team at the Malaysia MotoGP last October. Fahmi’s main racing experiences were in the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship and in the recent Wild card Programme. Fahmi, who started his racing career only in 2008, is ecstatic over the opportunity to represent Malaysia in MotoGP.

Selanjutnya
MAM Karting Talent Search icon ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARIPADA 40 YANG TERPILIH?

Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (“MAM”) berasa bangga dengan maklum balas positif dan sambutan hangat yang diperolehi daripada ibu bapa untuk Kart Kem yang telah diadakan di Litar Antarabangsa Go Kart Sepang di sepanjang Disember 2009. Pencarian bakat ini terbuka hanya kepada kanak-kanak sekolah warganegara Malaysia yang menuntut di sekolah rendah dan menengah rendah dalam lingkungan umur 7 dan 14 tahun.

Selanjutnya
MAM icon MIA SHARIZMAN MENYERTAI PASUKAN LOTUS F1 RACING

Mia Sharizman Ismail, Ketua Eksekutif Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (‘Motorsports Association of Malaysia’ MAM) telah menyertai Lotus F1 Racing sebagai Ketua Operasi (Asia) bermula Januari 2010. Beliau akan mengawasi operasi beberapa bidang termasuk meningkat dan mengembangkan kerjasama dengan badan-badan sukan bermotor di rantau ini. Mia Sharizman juga ditugaskan untuk mendalami operasi perlumbaan Lotus F1 yang kini berpangkalan di UK dengan tujuan memindahkan pengetahuan dan kepakaran kembali ke Malaysia.

Selanjutnya
MAM Karting Talent Search icon PENCARIAN BINTANG MASA DEPAN DALAM ’KART CAMP’ PERTAMA MAM

’Kart Camp’ pertama yang telah diadakan pada 5 & 6 Disember telah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Beberapa orang peserta berjaya mempamerkan bakat mereka dalam sesi pertama Motorsports Association Malaysia (MAM) Karting Talent Search yang telah diadakan di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang. Mereka telah melakukan yang terbaik dan dapat menarik perhatian juri pemilih bagi Kategori Cadet dan Kategori Junior dan kini mereka boleh melangkah maju ke tahap pemanduan yang lebih tinggi.

Turut hadir diacara ini ialah Ketua Eksekutif MAM, Mia Sharizman Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Lotus F1 Racing, Riad Asmat dan Pengarah MAM, Alex Yoong. Program ini adalah kerjasama diantara 1 Malaysia Racing and Sepang International Circuit.

Selanjutnya
MAM Karting Talent Search icon LANGKAH PERTAMA MAM KE F1

Musim perlumbaan hebat 2009 akan berakhir tetapi persiapan Motorsports Association of Malaysia bagi musim 2010 untuk mencungkil bakat-bakat baru telah bermula demi perkembangan sukan bermotor. Dengan penubuhan 1Malaysia Formula 1 Team pada tahun ini, pengenalpastian bakat-bakat dalam disiplin karting terletak di senarai teratas.

Program Pencarian Bakat ‘MAM Karting Talent Search’ akan diadakan pada setiap hujung minggu di sepanjang bulan Disember dan ia merupakan kali kedua diadakan selepas kejayaan yang dicapai pada tahun lepas. Acara ini terbuka hanya kepada kanak-kanak sekolah warganegara Malaysia yang menuntut di sekolah rendah dan menengah rendah dalam lingkungan umur 8 dan 14 tahun.

Selanjutnya
Yamaha SL Cup Malaysian Series icon MUSIM BERAKHIR, BAKAL JUARA DITEMUI

Acara musim ini bagi Yamaha SL Cup 2009 telah berakhir diLitar Go-Kart Antarabangsa Sepang semalam (1 November) dimana pusingan ke-5 perlumbaan ini merupakan yang paling menarik disepanjang musim. Hari yang penuh aksi ini bermula dengan juara-juara kelas ditabalkan bermula dengan Hakim Luqman sebagai juara kelas kadet. Luqman 10 tahun berjaya memenangi gelaran keseluruhan musim ini dengan aksi perlumbaanya.

Luqman, hasil program MAM Karting Talent Search tahun lalu berjaya menamatkan musim ini dengan satu kemenangan berganda pada perlumbaan hari ini. Dia berjaya menamatkan 15 pusingan dalam perlumbaan 1 dalam masa 18:12.433s dengan Daim Hishammudin dan Xekin Zuniga masing-masing ditempat kedua dan ketiga.

Selanjutnya
Yamaha SL Cup Malaysian Series icon MAM ROOKIES SHOW POTENTIAL TO BE CHAMPIONS

The Motorsports Association of Malaysia karting talent search last year have resulted in a positive turnout in which the benefactor is the Malaysian motorsports. Out of the selection, 20 candidates which have shown potential in karting have been carefully selected by MAM to compete in the 2009 MAM-RP Yamaha SL Cup series.

Interestingly, this weekend will be the final round of the season and the talent identification has proven to be a success. A majority of the 20 have showed great potential to shine in the sport with some already marking themselves as potential champions.

Selanjutnya
MAM icon MAM MENGGALAKKAN ACARA SUKAN RALI

CYBERJAYA akan digegarkan dengan deruman kereta-kereta rali apabila menjadi hos pusingan keempat Kejohanan Rali Malaysia pada hujung minggu ini (Okt 31-Nov 1).

Ia juga merupakan satu pencapaian untuk Motorsports Association Malaysia (MAM) dimana objektif utamanya adakan bagi membantu dalam pertumbuhan sukan bermotor dalam negara. Daripada 28 penyertaan yang diterima oleh penganjur bagi hujung minggu ini, diantara beberapa nama besar diarena rali dalam senarai adalah lapan penerima Skim Insentif MAM.

Selanjutnya
RallySprint Series icon MUSIM TAMAT DENGAN HARAPAN CERAH

Siri MAM - SIC RallySprint 2009 telah tamat ditahap yang tinggi dimana ramai peserta ternanti-nanti bermulanya musim akan datang. Acara anjuran Motorsport Association of Malaysia ini merupakan acara peringkat permulaan (‘entry level’) dalam rali dan ia memberi cabaran yang setanding dengan acara rali sebenar tetapi dalam satu skala yang lebih kecil bagi memenuhi keperluan pelumba-pelumba baru.

Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun ini, siri ini berjaya menarik ramai pelumba baru dan ia tentunya akan menarik lebih ramai penyertaan pada masa akan datang.

Selanjutnya

<< Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 Next >>

 
   
  Kategori Sukan Bermotor
  Peraturan Perlumbaan
  Pengawai
  Gabungan
  Pembangunan Pembiayaan
  Insuran & Keselamatan
  Lesen Perlumbaan
  Permit Penganjuran Acara
  Duti & Pelepasan Cukai
  Borang