 |
KURANG PERSAINGAN MENINGKATKAN PRESTASI LAI |
Lai Wai Seng telah lebih bersedia dan bertekad dalam pusingan ke-3 Kejohanan Perak Motocross selepas kegagalannya untuk menjuarai kategori Expert pada Pusingan Ke-2 di Sri Iskandar pada hari Ahad. Muhammad Mukhlis muncul ditempat teratas dalam kategori Expert dengan Lai menduduki tempat kedua dan Mohd Haslizam dalam tempat ketiga. Menariknya, pertempuran dalam kategori Classic tamat dalam turutan yang sama untuk Mukhlis dan Lai. |
| Selanjutnya |
 |
 |
LESEN 'ONE EVENT' BAGI ACARA-ACARA YANG DIIKTIRAFKAN OLEH MAM |
Shah Alam, Julai 31, 2009 – Motorsports Association of Malaysia (MAM) telah memperkenalkan Lesen Satu Acara (‘One Event’) yang memberi perlindungan yang lebih bagi pemegang lesennya. Di-antara sebab-sebab lesen baru ini diperkenalkan ialah;
1) Untuk memastikan bahawa semua pelumba diberi perlindungan perubatan dan insuran kemalangan peribadi sekiranya berlaku sebarang kemalangan.
2) Untuk menjadikan lesen lebih berkemampuan kepada semua terutamanya bagi mereka yang merancang untuk menyertai hanya satu atau dua acara setiap tahun. |
| Selanjutnya |
 |
 |
LEVY MENJADIKANNYA LEBIH MENARIK |
Kejuaraan Motor Trader RS125 Challenge Cup Junior GP akan menjadi lebih sengit selepas perlumbaan penuh aksi di Pusingan Ke 3 di Litar Antarabangsa Sepang pada hari Ahad. Zac Levy “wonder kid” dari Australia menamatkan perlumbaan di tempat kedua dalam Perlumbaan 1 tetapi berjaya memenanginya di Perlumbaan 2.
Saingan terdekatnya dan harapan masa hadapan Malaysia dalam MotoGP Zaqhwan Zaidi berjaya memenangi tempat pertama pada Perlumbaan 1. . “Ia merupakan hujung minggu yang baik bagi saya. Kedua-dua perlumbaan agak sukar tetapi saya berasa bangga dengan prestasi saya, “ kata Levy yang berasal dari Queensland. “Walau bagaimana pun perlumbaan ini tidak akan menjadi mudah kerana saya pasti Zaqhwan akan lebih berusaha di pusingan yang akan datang”, tambahnya. |
| Selanjutnya |
 |
 |
PELUMBA-PELUMBA BARU MEMBUKTIKAN MEREKA BERPOTENSI |
Pusingan Ke-3 Siri MAM-SIC Rally X 2009 telah dijalankan di permukaan tidak berturap (‘gravel’) dan aspal (‘tarmac) dengan tujuh pelumba baru diantara pelumba-pelumba yang sering bertanding. Para peserta berlumba dalam kelas masing-masing daripada kereta biasa tanpa ubahsuai kepada kereta rali sebenar dan para pelumba ini mempertaruhkan kebolehan diantara mereka dengan pelumba berpengalaman yang lain, membuktikan bahawa siri rali ini merupakan yang terbaik untuk bermula.
Jaguh Pasukan Rali Malaysia, Pennzoil-GSR Racing yang diketuai oleh Gunaseelan Rajoo telah membawa masuk dua pelumba baru iaitu Shahamsul Nahar dan seorang pelumba wanita Maziah Mazuki manakala satu lagi pasukan baru Felda Rally Team yang diketuai oleh Saladin Mazlan, membawa masuk seorang pelumba baru iaitu Mohd. Zekri Ibrahim. Pemandu-pemandu lain adalah Timothy Hardy Ketit dengan Nissan Silvianya, Brandon Peng dengan Naza Bestari 206, Amirul Zahari dalam sebuah Perodua Kancil dan Mohd. Shahruddin dalam Proton Satria. |
| Selanjutnya |
 |
 |
ROUND 3 SET TO INTRODUCE MORE NEW DRIVERS |
The most popular entry level rally series in Malaysia, known as the MAM-SIC RALLY X SERIES 2009 moves into its third round this weekend. And in keeping with tradition, this event will once again see the emergence of new drivers, both male and female, making their debut in rallying.
Running on the same weekend as the Malaysian Super Series (MSS) race event, carparks PB and PC at the Sepang International Circuit (SIC) will be linked via a twisty tarmac section to create a challenging course for the mix of rally, race, drift and street cars entered and for spectators wanting to see the cars in action. |
| Selanjutnya |
 |
 |
SATU LAGI KEMENANGAN UNTUK GABAN |
Mohd Al-Amirul Ashshahid Mohd Salleh menang sekali lagi dan menjadi kebanggaan bandar asalnya. Penunggang motocross terbaik Malaysia, Al-Amirul atau Gaban memenangi kategori ini dalam Pusiangan Ke-5 Siri Johor Motocross yang telah diadakan di Trek Motocross Pagoh pada pada Julai 19. Gaban menewaskan adiknya Muhamad Habibullah Mohd Salleh atau Gabit, yang tamat ditempat kedua manakala Khairi Zakaria mengambil tempat ketiga.
"Saya ingin berterima kasih kepada penaja-penaja saya kerana menyediakan sebuah motosikal yang baik. Seperti biasa, ia bukan mudah untuk mendapat tempat di podium kerana adik saya mengikuti dengan sangat sekali namun saya berasa gembira yang saya berjaya memenanginya," kata Al-Amirul. |
| Selanjutnya |
 |
 |
GILBERT MENYERLAH DALAM KATEGORI JUNIOR |
Pelumba kart kategori Junior telah menarik perhatian ramai dalam Pusingan keempat Siri Yamaha SL Cup yang telah diadakan di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang pada hari Ahad (Julai 19). Dengan sejumlah 18 pelumba kart di garisan permulaan berbanding tujuh dalam kelas senior kini kita boleh mengharapkan lebih ramai pemandu dipilih untuk mengharumkan nama negara dalam arena sukan bermotor. |
| Selanjutnya |
 |
 |
PUSINGAN KEEMPAT MENGHANGATKAN SEPANG |
Pusingan keempat hujung minggu ini kelihatan lebih hangat bagi Kejohanan Yamaha SL Cup yang akan diadakan di Litar Go-Kart Antarabangsa Sepang. Kategori Senior akan menjadi berita utama kali ini apabila pelumba-pelumba terbaik negara akan berentap sekali lagi. Pemandu A1 Team Malaysia, Aaron Li lebih berazam untuk memenanginya hujung minggu ini tetapi anak didiknya Fahmi Ilyas mungkin akan menggagalkanya.
Abang kepada Fahmi, Adam berharap untuk dapat menentukan keupayaannya dan sedang membuat persediaan untuk perlumbaan berjam-jam dalam Perlumbaan Merdeka Millennium Endurance yang akan diadakan tidak lama lagi. ‘Buat kali pertama saya dan Fahmi akan bersepasukan dengan abang sulung iaitu Helmi untuk untuk MME tahun ini, kata pelumba berumur 25 tahun itu. |
| Selanjutnya |
 |
 |
IT’S DOWN TO THE FINAL FOUR |
The 2009 Malaysian Wildcard Programme is down to its four final riders, Elly Idzlianizar Ilias, Md. Iskandar Raduan, Mohd. Farid Ahmad and Mohd Zulfahmi Khairuddin beat 13 other riders to get to the next stage of the programme. The riders were chosen from a pool of 17 riders that competes in the current Petronas Sprinta Malaysian Cub Prix Championship and two from the Malaysian Super Series Bikerz Mag 150cc Cup. |
| Selanjutnya |
 |
 |
William Menyerlah Di Metro |
William Lim muncul sebagai pemenang dalam pusingan ke-2 Kejohanan Grass Racing Autocross 2009 yang telah diadakan buat kali pertama di Akademi Memandu Metro, Puchong pada hari Ahad. Lim menyertai kategori Auto Grass AA (sehingga 1600cc) di litar sepanjang 700m dengan Fred Foong dan Adam Morcos mengambil tempat kedua dan ketiga masing-masing.
‘Sudah beberapa tahun dalam kejohanan saya memenangi kategori ini. Saya harap untuk menang lagi di pusingan yang akan datang. Tambahan pula, ini merupakan sebuah tempat baru dan bentangan laluan adalah amat mencabar,” kata Lim, yang juga telah memenangi kategori Pro-Grass Kelas OA (di bawah 1300cc). |
| Selanjutnya |
 |
<< Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 Next >> |