 |
MOHD RAMDAN MEMBUAT PENAMPILAN PERTAMANYA |
Mohd Ramdan Mohd Rosli dari Team Comma Motorsports berjaya menewaskan semua pesaingnya dengan menjadi pelumba terpantas dilitar pada hari ini di pusingan pertama Malaysian Mini Bike Championship 2009 di Kelab Komuniti Cyberjaya. Penunggang berumur 13 tahun ini berjaya mencatat rekod kemenangannya yang pertama bagi musim ini diikuti oleh Mohd Khairul Ikhwan yang mendapat tempat kedua dan Mohd Aznil Ali di tempat ke tiga dalam kategori Formula KBS Mini GP. |
| Selanjutnya |
 |
 |
CABARAN MOTOR MINI MUSIM 2009 |
Untuk tahun yang ke-3 berikutnya, MAM bersama Kelab Sukan Bemotor Integrasi dan Comma Motorsports akan menganjurkan ‘Malaysian Mini Bike Championship 2009’. Kejohanan ini telah mendapat tempat dikalangan kanak-kanak diantara umur 7-14 tahun untuk memulakan langkah resmi dalam kerjaya perlumbaan motor 2 roda. Pelumba-pelumba dari seluruh negara akan sekali lagi bertemu untuk merebut gelaran menjadi Juara Motor Mini Malaysia. |
| Selanjutnya |
 |
 |
DUA PENUNGGANG TERBAIK- ZAQHWAN DAN AMIRUL HAZIQ |
Masanya telah tiba dimana ia mungkin menjadi hari bersejarah bagi sukan bermotor Malaysia. Kini, telah ujud satu tapak dimana kalangan pengemar motorsikal dapat memanfaatkan satelah perlumbaan mengejar impian yang begitu menguja di lancarkan di premis Moto Millia Sdn Bhd bertempat di Bangsaria di lancarkan semalam. |
| Selanjutnya |
 |
 |
SIRI MAM-SIC RALLYSPRINT MENUJU PUSINGAN PERTAMA |
Litar Antarabangsa Sepang kini merupakan syurga bagi peminat-peminat rali. Ini terbukti apabila acara RallySprint hasil kerjasama diantara Motorsports Association of Malaysia (‘MAM’) dan SIC telah berjaya diadakan pada 15hb Februari. Mia Sharizman Ismail, Ketua Eksekutif MAM dan Razlan Razali, Ketua Pegawai Eksekutif SIC turut hadir menyaksikan perlumbaan ini. Pusingan pertama rali peringkat permulaan ini telah berjaya menarik sebanyak 29 penyertaan dimana pasukan yang berpengalaman dan juga penyertaan baru turut bertanding dalam pelbagai kategori. |
| Selanjutnya |
 |
 |
SIRI MAM-SIC RALLYSPRINT 2009 |
| Litar Antarabangsa Sepang (“SIC”) menjadi tuan rumah bagi acara RallySprint yang pertama pada hujung minggu ini, 15hb Februari 2009 bertempat di Tapak Letak Kereta SIC (Bangunan Admin SIC bersebelahan Litar Go-Kart). Dengan penyertaan sebanyak 26 buah kereta termasuk pemandu-pemandu berpengalaman, Acara anjuran Motorsport Association Malaysia (“MAM”) ini bergerak selangkah lagi kehadapan selepas memperkenalkan siri RALLY X pada tahun 2008 yang kini popular. |
| Selanjutnya |
 |
 |
KELAJUAN, KEMAHIRAN DAN PANAS TERIK MATAHARI TELAH MENGUJA PARA PELUMBA MUDA HINGGA KE PENAMAT ACARA JUNIOR GP RS50 2008 |
| Khamis, 22 Januari 2009- Satu acara yang sungguh ceria dengan tawa dan beberapa tangisan dan paling utama kualiti perlumbaan adalah sebahagian faktor kejayaan program Junior GP Racing Dream 2008/2009 yang telah diadakan di Litar Go-Kart Sepang pada hari Ahad yg lepas. Tujuh orang pelumba baru yang telah menghadiri 5 program hujung minggu untuk tiga bulan diantara November hingga Januari telah dipersiapkan untuk ujian akhir setelah mempelajari kemahiran menunggang dan perlumbaan di bawah jurulatih-jurulatih berkelayakan. |
| Selanjutnya |
 |
|
PELANCARAN PERKONGSIAN DIANTARA BHPETROL DAN IRU1 MOTORSPORTS |
| Kuala Lumpur, 15 Januari 2009 - BHPetrol, hari ini mengumumkan perjanjian perkongsian eksklusif dengan IRU1 Motorsports dalam usahanya untuk membangunkan sukan karting sebagai salah satu aktiviti sukan bermotor yang berdaya maju di Malaysia. |
| Selanjutnya |
 |
<< Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 Next >> |