
Sepang, 31hb Januari, 2010 - Ia merupakan hari Ahad yang bersejarah bagi 40 karter yang terpilih daripada 174 yang telah mengambil bahagian dalam MAM Karting Talent Search yang telah diadakan sepanjang bulan Disember 2009. Hari ini akan menandakan satu lagi peristiwa penting dengan pemilihan 20 karter terbaik, 10 setiap satu daripada Cadet dan Junior yang akan dikenali sebagai ‘MAM Rookies 2009/2010'.
Dalam kategori Junior, Shaqeer Haire Saiful Rizal, berumur 13 tahun dari SMK Damansara Utama mencatat masa terpantas 1.03.6260s diikuti rapat oleh Daniel Francis, berumur 14 tahun dari SM Subang Utama dengan masa 1.03.7780s.
Dalam kategori Kadet, Wan Ahmad Nuruddin Nafis, berumur 11 tahun dari SK Seri Selangor mencatat masa terpantas dengan prestasi yang mengejutkan iaitu 0.58.9590s. Karter terpantas kedua dalam kategori ini, Faris Anwar Redza Azizul Rahman berumur 10 tahun dari SK Sri Damansara mencatat masa 1.00.7250.
En Fazli Mukhtar, Pengurus Pembangunan Sukan Bermotor 4- Roda MAM menyatakan, nama-nama “20 MAM Rookies 2009/2010 akan diumumkan pada akhir minggu ini selepas proses penilaian dan criteria selesai. 20 MAM ROOKIES 2009/2010 yang dipilih ini akan bergerak maju dan diberi latihan untuk diterapkan sebagai bintang masa depan dalam kategori “single seater” di bawah program khas yang disediakan oleh MAM".
Beliau menambah, “MAM akan menyalurkan pembiayaan kewangan bernilai RM10,000 kepada setiap karter dalam tahun pertama kerjaya perlumbaan mereka. Dana yang disediakan akan dapat membantu pembelian enjin, tayar-tayar, peralatan perlumbaan dan kos pengendalian asas”.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Fazli Mukhtar Pengurus Pembangunan MAM ditalian 03- 7622 8000 / 012-308 3890.
Rakan Rasmi Dengan Kerjasama


