Kalendar

 
SIRKIT MOTOCROSS / ENDURO TAHUN 2010

Jabatan Belia Dan Sukan ( Persekutuan ) Negeri Sabah dengan kerjasama Persatuan Sukan Bermotor & Kembara Sabah telah berjaya menghimpunkan seramai 60 peserta mengikuti Klinik Asas Motosikal Off Road pada 15 – 16/05/2010 di Litar Off Road Kg Jawa, Lahad Datu, Sabah.

Klinik yang julung kali diadakan di Negeri Sabah untuk penggemar motosikal lasak ini dikendalikan oleh Wan Razali Bin Wan Mamat bekas pelumba Motocross Malaysia dan bertugas sebagai Manager Motor Sport Development di Motorsports Association of Malaysia ( MAM ) Shah Alam, Selangor. Turut terlibat secara langsung selama dua hari program ini ialah Muhd Fitri Bin A. Rahman, Pegawai Penyelaras daripada Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah serta Sjn Mohd Kamaruden Bin Hambali Setiausaha Persatuan Sukan Bermotor & Kembara Sabah dan Sjn Ahmad Saipi Bin Daud ( Bendahari ).

Peserta Klinik terdiri daripada penggiat jentera motocross, cubcross, trial bike off road dari daerah Lahad Datu dan Tawau telah didedahkan dengan ilmu pengendalian jentera apabila menyertai pertandingan sebenar selain teknikal jentera diantara motocross dan trial bike off road enduro. Selain itu juga seramai 10 penggiat jentera ATV daripada daerah Keningau turut memeriahkan lagi suasana. Sebagai silibus tambahan peserta juga diberi tunjuk ajar semasa pertandingan meliputi peranan pelumba, marshal, penganjur, keperluan memiliki lesen lumba yang dikeluarkan oleh MAM, perlindungan insuran selain jenis-jenis jentera yang sesuai untuk digunakan dan kelengkapan keselamatan untuk diguna semasa perlumbaan.

Klinik tersebut dibahagi kepada tiga fasa iaitu teori (kelas), praktikal (latihan di litar ) dan perlumbaan sebenar. Agak malang peserta tidak dapat mengikuti perlumbaan kerana litar tidak menepati piawaian litar sebenar selain faktor cuaca ( hujan ). Adalah diharapkan kepada penggemar sukan motosikal lasak dapat bersabar kerana Persatuan Sukan Bermotor & Kembara Sabah sedang mengatur perlumbaan untuk daerah Tawau, Keningau dan Pantai Barat Sabah apabila mendapat litar perlumbaan yang sesuai dan diiktiraf oleh MAM.

 

Disediakan oleh: 

Mohd Kamaruden bin Hambali

Persatuan  Sukan Bermotor & Kembara Sabah

(Sabah Motorsports & Adventure Association)

 

 
   
  Kategori Sukan Bermotor
  Peraturan Perlumbaan
  Pengawai
  Gabungan
  Pembangunan Pembiayaan
  Insuran & Keselamatan
  Lesen Perlumbaan
  Permit Penganjuran Acara
  Duti & Pelepasan Cukai
  Borang