LATIHAN PARA PEGAWAI MAM & PROGRAM AKREDITASI
Pegawai yang diiktiraf oleh MAM harus mematuhi syarat - syarat yang dikehendaki dan mempunyai pengetahuan yang tertentu seperti pelumba untuk mendapatkan lesen perlumbaan. Pegawai sukan bermotor juga mesti mempunyai kelayakkan dan kemahiran dalam pelbagai bidang yang lain terutamanya bidang sukan bermotor. Terdapat pelbagai program latihan pegawai di mana lesen pegawai akan diberikan setelah menamatkan program latihan dengan jayanya.
Ia bertujuan untuk:
* Memastikan pegawai sukan bermotor mempunyai kemahiran yang diperlukan dan memahami undang - undang serta peraturan dalam bidang sukan bermotor.
* Memastikan semua program sukan bermotor dikendalikan secara adil, selamat dan teratur dengan mengaplikasikan undang - undang serta peraturan yang stabil pada semua acara.
* Menyediakan pengurusan yang efisien dalam semua acara dan siri perlumbaan.
* Menyediakan ruang kerjaya sukan bermotor kepada individu atau kumpulan yang berminat tetapi tidak dapat menyertai sebarang acara sebagai pelumba.
SEBAGAI PEGAWAI SUKAN BERMOTOR
Seperti acara-acara sukan lain juga, sukan bermotor memerlukan pegawai/petugas. Ianya adalah satu jalan mudah untuk melibatkan diri dengan sukan bermotor tanpa perbelanjaan tinggi dengan menyertai perlumbaan samada kereta atau motorsikal. Pegawai ini adalah salah seorang yang menjayakan sesuatu program sukan bermotor. Tanggungjawab atau tugasan seorang pegawai adalah seperti marsyal bendera, marsyal kebakaran, marsyal grid, marsyal pit, penjaga masa, pemeriksaan teknikal, sektor marsyal, perhubungan dan pegawai kecemasan adalah diperlukan.
Program Pegawai MAM akan dibangunkan selaras dengan berkembangnya persatuan ini di mana akan menyediakan program latihan pegawai sukan bermotor secara menyeluruh untuk anda. Program latihan ini termasuk perhubungan, pentadbiran program, penyelamat dan kebakaran, marsyal bendera, keseluruhan kawasan perlumbaan, pemeriksaan teknikal, penjaga masa, steward dan lain-lain.
Jika anda berminat, sila hantarkan biodata kepada MAM dengan sertakan nombor telekomunikasi, alamat yang lengkap dan nyatakan pengalaman dalam bidang sukan bermotor. MAM akan menghubungi anda. Kursus-kursus yang bersesuaian akan dijalankan sebelum sesuatu acara dianjurkan untuk memastikan tahap minima dapat dicapai untuk acara-acara yang lain juga.
Daftar di sini
Nota: Akademi Antarabangsa Sukan Bermotor akan ditubuhkan dengan kerjasama MCM dan MAM untuk membangunkan sukan bermotor di Malaysia. Bilamana Akademi tersebut telah beroperasi, semua kursus-kursus Pegawai Sukan Bermotor akan dijalankan di Akademi ini. |