Kalendar

 

Setiap acara dibawah naungan MAM mestilah mempunyai Permit Penganjuran Acara yang diluluskan dimana ianya termasuk dengan Insuran Tanggungan Awam.

Tiada sebarang bayaran dikenakan bagi memasukkan acara kelab anda di kalendar tahunan MAM. Kami akan memaklumkan tentang segala aktiviti anda di laman web MAM dengan percuma. Permohonan permit perlu diserahkan secepat mungkin atau dalam masa 14hari sebelum tarikh acara dijalankan. Kami perlu meneliti dari sudut peraturan dan peruntukan bilangan pegawai yang diperlukan. Sekiranya permohonan lambat diserahkan, kami mungkin tidak dapat mengeluarkan permit kerana kesuntukkan masa dan tidak dapat memperuntukkan pegawai.

MAM telah mencipta procedur yang senang dan mudah untuk penganjur acara. Dalam kebanyakkan kes, selalunya untuk acara bahagian bawahan, jumlah kos adalah yuran permit denga tiada bayaran lain dikenakan.

BAYARAN PERMIT ACARA 2008

Acara

Bayaran Permit (RM)

Insuran Tanggungan Awam

Acara Kelab Tertutup

500 

Ya

Motocross dan ‘Off-Road’ untuk motosikal

1,800

Ya

Go-kart

1,800 

Ya

Drift (Litar tertutup)

2,000

Ya

Perlumbaan drag, kereta dan motosikal

2,000

Ya

Autocross & Super Sprints

2,500 

Ya

Litar (bukan nasional)

TBA

Ya

Litar Nasional

TBA

Ya

Rali dan Perlumbaan ‘Off-road (Kereta) yang lain

TBA

Ya

Lain-lain acara

Atas permintaan

Ya

Nota: Acara-acara yang merumitkan memerlukan lebih ramai Pegawai MAM atau lawatan litar dimana yuran yang lebih tinggi dikenakan. Sila rujuk dengan pejabat MAM.

Muat Turun Borang Permohonan Permit Acara

 
   
  Kategori Sukan Bermotor
  Peraturan Perlumbaan
  Pengawai
  Gabungan
  Pembangunan Pembiayaan
  Insuran & Keselamatan
  Lesen Perlumbaan
  Permit Penganjuran Acara
  Duti & Pelepasan Cukai
  Borang