Sekali lagi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjadi hos untuk siri MAM-SIC RallySprint pada hujung minggu ini Oktober 10-11. Didalam pusingan terakhir untuk musim 2009 ini, penyertaan sebanyak 28 buah kereta merangkumi pemandu-pemandu berpengalaman dan baru daripada pasukan-pasukan ternama dan yang baru tertubuh menambah lagi penyertaan pasukan-pasukan. Diperkenalkan buat pertama kali dalam siri ini adalah perlumbaan diwaktu malam bagi perlumbaan peringkat khas (SS) hari Sabtu diikuti perlumbaan disiang hari pada hari Ahad.
Acara-acara anjuran Motorsport Association of Malaysia ini merupakan acara peringkat permulaan (‘entry level’) dalam rali dan ia memberi cabaran yang setanding dengan acara rali sebenar tetapi dalam satu skala yang lebih kecil bagi memenuhi keperluan pelumba-pelumba baru. Mula diperkenalkan pada tahun ini, ia telah menarik ramai pelumba-pelumba baru dan ia pastinya akan menarik lebih ramai pada masa akan datang.