MAM, bersama SIC, Wheelspin Event Management dan penaja utama WMK FX Group akan menganjurkan WMK MAM-SIC Rally X Series. Sebanyak empat pusingan telah dijadual dengan idea untuk membolehkan pesaing-pesaing baru untuk berlumba dalam “peringkat 1” acara peringkat awalan untuk dilatih bagi Siri MAM-SIC RallySprint dan kemudiannya mara ke Kejohanan Rali Malaysia (‘Malaysian Rally Championship’).
Program ini meliputi sesi-sesi klinik dan seminar untuk melatih bakal-bakal pelumba mengenai syarat-syarat, peraturan dan cara-cara untuk bermula.
Kategori Utama
Kereta Ralli: 5 kelas individu berdasarkan kapasiti enjin
Kereta jalanan: 5 kelas individu berdasarkan kapasiti enjin