Kalendar

 

INSURAN

Insuran dan pengisuan Permit Acara ialah jaminan kepada kerajaan, orang awam dan para peserta bahawa sukan yang dikendalikan adalah dalam cara yang teratur dan profesional.

MAM menyediakan Insuran Polisi Tanggungan Awam yang menyeluruh sebagai sebahagian dari Permit Penganjuran Acara MAM dimana ianya adalah wajib untuk SEMUA acara yang dikendalikan oleh gabungan MAM. Insuran tanggungan Awam tersebut meliputi RM3 juta untuk setiap acara. Ianya meliputi kerosakan pada harta benda pihak ketiga, penonton dan pihak-pihak lain yang tidak terlibat langsung dalam pertandingan yang diadakan.

Pelumba dan pegawai juga dilindungi dengan Insuran Kemalangan Peribadi. Untuk pelumba, kos insuran tersebut termasuk di dalam bayaran lesen perlumbaan untuk semua jenis lesen kecuali Lesen Satu Hari Mari Mencuba. Jumlah lindungan adalah RM25,000-RM50,000 bergantung kepada gred lesen.

Kemalangan peribadi meliputi RM25,000.00 bagi Pegawai MAM yang berlesen, dimana lesen itu adalah percuma - ini adalah cara untuk kami mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai kami.

SERVIS PERUBATAN DAN KESELAMATAN

MAM akan memastikan, melalui syarat dan peraturan, penganjur acara menyediakan bantuan servis perubatan yang cukup untuk pelumba sepanjang acara sukan bermotor. Keselamatan adalah penting dan latihan yang betul untuk pegawai dan pelumba adalah sebahagian keperluan untuk program pengurusan risiko MAM.

 

Insuran Kemalangan Peribadi

Jumlah Perlindungan

RM25,000 bagi seorang (Lesen Solo Start dan Multi Start/National C)

Individu Yang Diinsurankan

RM50,000 bagi seorang (National A & B)

Di waktu yang sama, semua pelumba secara rasminya mestilah mendaftar di bawah program yang dikuatkuasa oleh penganjur termasuk penyediaan ujian, ujian kelayakkan dan perlumbaan di acara tersebut serta menguatkuasakan mesyuarat perlumbaan yang di iktiraf oleh penganjur.

Manfaat

Kematian akibat kemalangan (100%)

Kecacatan kekal (100%)

Sila klik Jadual Manfaat Kecacatan Kekal

Insuran Kemasukan Hospital

Jumlah Perlindungan   

RM2,000 bagi seorang (Lesen Solo Start/Multistart National C)

Individu Yang Diinsurankan

RM5,000 bagi seorang (National A & B lesen)

  Di waktu yang sama, semua pelumba secara rasminya mestilah mendaftar di bawah program yang dikuatkuasa oleh penganjur termasuk penyediaan ujian, ujian kelayakkan dan perlumbaan di acara tersebut serta menguatkuasakan mesyuarat perlumbaan yang di iktiraf oleh penganjur

pembayaran balik pengebumian

Jumlah Perlindungan   

RM2,000 bagi seorang (Lesen Solo Start/Multistart National C)

Individu Yang Diinsurankan

RM5,000 bagi seorang (National A & B lesen)

Di waktu yang sama, semua pelumba secara rasminya mestilah mendaftar di bawah program yang dikuatkuasa oleh penganjur termasuk penyediaan ujian, ujian kelayakkan dan perlumbaan di acara tersebut serta menguatkuasakan mesyuarat perlumbaan yang di iktiraf oleh penganjur

 

INSURAN TANGGUNGAN AWAM

Jumlah Perlindungan

Terhad kepada RM3,000,000 bagi;

- sebarang kemalangan termasuk kos/perbelanjaan bagi sebarangtuntutan

 
Manfaat                                     

- Kecederaan atau kesakitan

- Kehilangan atau kerosakan hartabenda

  -    Sila klik untuk keterangan lanjut mengenai Polisi Insuran Tanggungan Awam

 
   
  Kategori Sukan Bermotor
  Peraturan Perlumbaan
  Pengawai
  Gabungan
  Pembangunan Pembiayaan
  Insuran & Keselamatan
  Lesen Perlumbaan
  Permit Penganjuran Acara
  Duti & Pelepasan Cukai
  Borang