|
 |
 |
|
|
|
 |
Berita |
| DUA KEMENANGAN UNTUK PAW |
Paw Kien Wei telah berjaya menjadikannya satu hujung minggu yang diingati bagi dirinya setelah memenangi kategori Terbuka Sarawak – Motorports Association of Malaysia Motocross Challenge 2009 pada hari Ahad lepas di Miri (August 9).
Hii Chang Hoon mendapat tempat kedua manakala Ting Teck Ung berjaya tamat ditempat ketiga. “Ia merupakan sebuah perlumbaan yang sengit tetapi mencabar. Bagaimanapun, saya gembira memenangi perlumbaan ini. |
| Selanjutnya |
 |
| KURANG PERSAINGAN MENINGKATKAN PRESTASI LAI |
Lai Wai Seng telah lebih bersedia dan bertekad dalam pusingan ke-3 Kejohanan Perak Motocross selepas kegagalannya untuk menjuarai kategori Expert pada Pusingan Ke-2 di Sri Iskandar pada hari Ahad. Muhammad Mukhlis muncul ditempat teratas dalam kategori Expert dengan Lai menduduki tempat kedua dan Mohd Haslizam dalam tempat ketiga. Menariknya, pertempuran dalam kategori Classic tamat dalam turutan yang sama untuk Mukhlis dan Lai. |
| Selanjutnya |
 |
| PENAMAT MUSIM SARAWAK CUB PRIX 2009 |
Ia merupakan penamat musim yang pahit-pahit manis bagi Sarawak Cub Prix 2009 yang berakhir di Miri pada hari Ahad, 14 Jun. Satu Siri empat pusingan yang menjadi acara berasingan selepas menjadi sebahagian daripada Malaysian Cub Prix pada tahun lalu dianggap berjaya dengan banyaknya pasukan yang bertapak di Borneo telah menunjukkan minat untuk berlumba di musim yang akan datang.
Pusingan penamat musim ini telah menyaksikan Zamhari Hadi, Haffiz Rashid dan Mohd Razif telah memperoleh kemenangan dalam kategori masing-masing. Dalam Kategori A, Zamhari Hadi telah memenangi perlumbaan dengan Aswadi Rambli ditempat kedua manakala Maskirin Kabar ditempat ketiga. |
| Selanjutnya |
 |
| SATU LAGI PUSINGAN YANG BERJAYA DI MUKAH |
Ia merupakan satu hujung minggu yang tidak dapat dilupakan oleh Safiul Zen, Dominic Fabian dan Mohamad Razif. Ketiga-tiganya berjaya mencapai kemenangan dalam kategori masing-masing dalam Pusingan ke 3 Sarawak Cub Prix yang telah diadakan di Mukah pada hari Ahad (31 Mei).
Sejumlah 33 orang penunggang dari seluruh negeri telah mengambil bahagian. Acara ini yang disokong oleh Motorsports Association Malaysia dan ianya dianjurkan untuk meningkatkan sukan di bandar Borneo ini. Saiful adalah yang pertama untuk menjadikannya ia suatu hari kenangan kerana dia memenangani Kategori A. Dia mencatat masa 7:08:581s, 7 saat mendahului Zamhari Hadi ditempat kedua dikuti Haddy Ahmad ditempat ketiga dengan masa 7:23.245s. |
| Selanjutnya |
 |
| TIGA SORAK-SORAI HARI BURUH DI SIBU |
Hujung minggu Hari Buruh pada Ahad lepas merupakan minggu yang mengembirakan bagi Ahmad Abdul Kadir, Eddie Bryan Edward Tenley dan Mohd Yuzairul Yusop. Ketiga-tiga warga Sarawak telah berjaya naik ke podium dalam pusingan ke-2 Kejohanan Sarawak Cub Prix 2009 yang telah diadakan di Bandar Sibu.
Ahmad, pemenang kategori A menaiki podium setelah melepasi bendera penamat dengan catatan masa 8:10.556s dalam perlumbaan akhir 12 lap. Dia berjaya menewaskan Ghazali Hakiki yang mendapat tempat kedua dan Mohd Aswandi Rambli yang mengambil tempat ketiga dengan masing-masing mencatat masa 8:15.209s dan 8:24.572s . |
| Selanjutnya |
 |
|
|
|
| |
 |
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
Multimedia |
|
|
 |
| |
|
| |
 |
|
 |
|