Kalendar

NEWS

MUSIM BERAKHIR, BAKAL JUARA DITEMUI

Acara musim ini bagi Yamaha SL Cup 2009 telah berakhir diLitar Go-Kart Antarabangsa Sepang semalam (1 November) dimana pusingan ke-5 perlumbaan ini merupakan yang paling menarik disepanjang musim. Hari yang penuh aksi ini bermula dengan juara-juara kelas ditabalkan bermula dengan Hakim Luqman sebagai juara kelas kadet. Luqman 10 tahun berjaya memenangi gelaran keseluruhan musim ini dengan aksi perlumbaanya.

Luqman, hasil program MAM Karting Talent Search tahun lalu berjaya menamatkan musim ini dengan satu kemenangan berganda pada perlumbaan hari ini. Dia berjaya menamatkan 15 pusingan dalam perlumbaan 1 dalam masa 18:12.433s dengan Daim Hishammudin dan Xekin Zuniga masing-masing ditempat kedua dan ketiga.

Selanjutnya
MAM ROOKIES SHOW POTENTIAL TO BE CHAMPIONS

The Motorsports Association of Malaysia karting talent search last year have resulted in a positive turnout in which the benefactor is the Malaysian motorsports. Out of the selection, 20 candidates which have shown potential in karting have been carefully selected by MAM to compete in the 2009 MAM-RP Yamaha SL Cup series.

Interestingly, this weekend will be the final round of the season and the talent identification has proven to be a success. A majority of the 20 have showed great potential to shine in the sport with some already marking themselves as potential champions.

Selanjutnya
GILBERT MENYERLAH DALAM KATEGORI JUNIOR

Pelumba kart kategori Junior telah menarik perhatian ramai dalam Pusingan keempat Siri Yamaha SL Cup yang telah diadakan di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang pada hari Ahad (Julai 19). Dengan sejumlah 18 pelumba kart di garisan permulaan berbanding tujuh dalam kelas senior kini kita boleh mengharapkan lebih ramai pemandu dipilih untuk mengharumkan nama negara dalam arena sukan bermotor.

Selanjutnya
PUSINGAN KEEMPAT MENGHANGATKAN SEPANG

Pusingan keempat hujung minggu ini kelihatan lebih hangat bagi Kejohanan Yamaha SL Cup yang akan diadakan di Litar Go-Kart Antarabangsa Sepang. Kategori Senior akan menjadi berita utama kali ini apabila pelumba-pelumba terbaik negara akan berentap sekali lagi. Pemandu A1 Team Malaysia, Aaron Li lebih berazam untuk memenanginya hujung minggu ini tetapi anak didiknya Fahmi Ilyas mungkin akan menggagalkanya.

Abang kepada Fahmi, Adam berharap untuk dapat menentukan keupayaannya dan sedang membuat persediaan untuk perlumbaan berjam-jam dalam Perlumbaan Merdeka Millennium Endurance yang akan diadakan tidak lama lagi. ‘Buat kali pertama saya dan Fahmi akan bersepasukan dengan abang sulung iaitu Helmi untuk untuk MME tahun ini, kata pelumba berumur 25 tahun itu.

Selanjutnya
NABIL MENGKAGUMKAN DENGAN PENAMPILANNYA DALAM YAMAHA SL CUP

Nabil Jan Al-Jeffri membuat kejutan dalam penampilan pertamanya di Siri Yamaha SL Cup dengan memenangi kedua-dua perlumbaan dalam Pusingan Ketiga di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang semalam (Jun 14, 2009). Nabil terpaksa bekerja lebih keras untuk kemenangan pertamanya dalam Perlumbaan 1 selepas bertarung sengit dengan Ryan Mumford. Dia melintasi garisan penamat pusingan ke 22 dalam masa 20:11.019s dengan Mumford ditempat kedua dengan masa 20:11.546s diikuti Farriz Fauzy ditempat ketiga dengan masa 20:13:426s.

Walaupun Perlumbaan 1 merupakan satu pertandingan yang sengit, Nabil berjaya memperoleh satu kemenangan yang selesa dalam perlumbaan ke-2 dengan melintasi garisan penamat tujuh saat mendahului Fahmi Ilyas. Natasha Seatter berjaya mendapat tempat ketiga di podium.

Selanjutnya
PERLUMBAAN JAGUH BAGI 15 BAKAT AKAN DATANG

Pusingan ke 3 Yamaha SL Cup 2009 akan diadakan di Litar Go Kart Sepang pada hujung minggu ini (14 Jun) merupakan‘ Perlumbaan di antara Jaguh’. Tiga kategori akan dipertandingkan termasuk peringkat Cadet dan Junior tetapi tumpuan akan de berikan pada acara Senior.

Pemandu Formula BMW Pacific Malaysia, Fahmi Ilyas telah bersedia untuk ke petak perlumbaan minggu ini. Ini merupakan perlumbaan julung kali bagi Fahmi selepas kemenangannya dalam acara ‘single seater’ selepas hanya empat pusingan dalam musim ini yang telah diadakan semasa “Asian Festival of Speed” pada May 31 di Litar Antarabangsa Sepang.

Selanjutnya
PUSINGAN KEDUA PENUH AKSI MENJANJIKAN MUSIM YANG MENCABAR

Lebih banyak aksi, drama dan keghairahan dirasai di Pusingan Ke-2 Yamaha SL Cup di Litar Sepang Go-Kart semalam. Sejumlah 44 pelumba kart telah bersaing dalam kategori Cadet, Junior dan Senior di mana semua kelas telah mempamerkan perlumbaan yang menarik.

Dalam kategori Cadet, ia merupakan satu persaingan diantara Mohd Luqman Hakim dan Adam Muqri untuk pencapaian podium teratas. Luqman bagaimanapun muncul sebagai pemenang dalam Perlumbaan 1, mencatat masa 14:29.348s dalam perlumbaan 15 lap. Adam berjaya menamatkan perlumbaan ditempat kedua manakala Shawn Seelan mendapat tempat ketiga.

Selanjutnya
AKSI HEBAT DI PUSINGAN KE-2

Setelah melepasi debaran perlumbaan pertama, satu perlumbaan yang lebih kompetitif telah dijadualkan di pusingan ke-2 MAM-RP Yamaha SL Cup di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu ini. Yamaha SL Cup Malaysia adalah usahasama di antara MAM, Yahama Motor Co. Ltd di Jepun menerusi Birel Pacific S.r.l., Raycer Powerhouse Sdn Bhd dan RL Karting.

Siri ini akan memberi peluang kepada para peserta baru dan lama untuk berlumba dengan kos yang berpatutan. Dibawah program pembangunan MAM, pada musim ini sejumlah 15 pelumba akan mendapat pengalaman perlumbaan satu musim penuh dengan sebahagian kos ditanggung oleh badan sukan bermotor kerajaan.

Selanjutnya
PERMULAAN POSITIF UNTUK CABARAN YAMAHA

Keseronokkan dan keghairahan telah dirasai dalam pusingan pembukaan Piala Yamaha SL 2009 yang telah diadakan di Litar Antarabangsa Go-Kart Sepang hari ini (April 19). Selain bintang-bintang utama seperti pemandu pasukan A1 Malaysia, Aaron Lim dan pemandu Formula BMW Pacific Fahmi Ilyas, perlumbaan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan termasuk 15 penyertaan bakat muda yang telah dipilih tahun lepas di bawah program pencarian bakat Motorsports Association of Malaysia.

Selanjutnya
BINTANG-BINTANG MEMBIMBING 15 BAKAT-BAKAT MASA DEPAN

Bintang-bintang go-kart akan membimbing 15 bakat-bakat muda go-kart dengan menyertai sesi pusingan pembukaan Yamaha SL Cup yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Go Kart Sepang pada hari Ahad (April 19). Yamaha SL Cup Malaysia adalah usahasama di antara MAM, Yahama Motor Co. Ltd di Jepun menerusi Birel Pacific S.r.l., Raycer Powerhouse Sdn Bhd dan RL Karting.

Selanjutnya

 

 

 
  Berita
  Keputusan
  Kalendar Acara
  Maklumat
  Multimedia
   
  Kategori Sukan Bermotor
  Peraturan Perlumbaan
  Pengawai
  Gabungan
  Pembangunan Pembiayaan
  Insuran & Keselamatan
  Lesen Perlumbaan
  Permit Penganjuran Acara
  Duti & Pelepasan Cukai
  Borang