Berita
Aaron Lim Di Tempat Pertama Dalam Kategori Senior
Sepang, 4 Ogos - Pusingan Ke-2 Yamaha SL Cup 2008 yang telah dianjurkan oleh Motorsports Association of Malaysia dan dipromosikan oleh Raycer Powerhouse Sdn Bhd telah diadakan sekali lagi di Litar Karting Antarabangsa Sepang.
Dalam kategori Senior, persaingan yang sengit dapat disaksikan diantara Aaron Lim dan Ryan Mumford. Kedua-duanya saling bertukar kedudukan pertama dan kedua beberapa kali dalam perlumbaan semalam. Aaron Lim berjaya menjadi juara dalam kategori Senior meninggalkan Ryan Mumford yang mendapat tempat pertama dalam pusingan yang lalu dengan masa 0:00.18s. Aaron menamatkan 20 pusingan dalam masa 19:20.59s manakala Ryan mencacat 19:20.77s. Melvin Moh, Victor Chong dan Rueben Wong juga mencatat kedudukan yang memuaskan dimana berlaku pertukaran memimpin perlumbaan beberapa kali di antara mereka tetapi Melvin akhirnya berjaya meragut tempat ketiga.
Menurut Aaron, 'Daripada sudut pandangan saya, siri Yamaha SL Cup telah berjaya mendapat sambutan yang baik dikalangan pelumba-pelumba. Suatu perlumbaan yang cukup menarik dalam semua kategori telah kami saksikan. Ia adalah satu permulaan yang menarik dari heat pertama berterusan ke peringkat akhir perlumbaan. Saya percaya siri ini akan mendapat sambutan yang hangat dikalangan orang ramai disebabkan kos kemasukkan yang minimal. Pelumba-pelumba kini sedang menanti-nanti untuk menyertai pusingan akan datang pada bulan September dan berharap untuk melihat lebih ramai peserta baru. Secara keseluruhannya acara semalam berjalan dengan lancar dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang bekerjasama untuk menjayakan acara ini'.
Ketiga-tiga pemenang yang sama dari pusingan pertama Julai lalu berjaya mengekalkan kedudukan yang sama sekali lagi dalam kategori Junior, Brian Homi, Natasya Nur Ida dan Siti Shahkira. Mereka telah berjaya mendapatkan masa catatan yang lebih baik pada pusingan ini berbanding dengan pusingan lepas. Siti Shahkira telah memberikan satu saingan yang amat sengit kepada Natasya dan Rahul Raj tetapi Natasya berjaya mempertahankan tempat kedua manakala Brian berjaya mendahului dengan masa 18:31.95s.
Bagi kategori kadet, Daim Hishammudin berjaya mendapat tempat pertama diikuti Patrick Imbacher di tempat kedua dan Adam Muqri di tempat ketiga. Adam Muqri, 8 tahun merupakan pelumba yang termuda dalam kategori ini. Menurut Adam: "Saya berasa gembira kerana berjaya mendapat tempat ketiga dan berharap untuk mendapat kedudukan yang lebih baik di dalam perlumbaan yang akan datang pada bulan September. Saya akan terus berlatih dan akan mencuba sedaya upaya untuk meragut tempat ketiga teratas dalam kategori ini".
Mia Sharizman Ismail, Ketua Eksekutif MAM dan Alex Yoong, Ahli Lembaga Pengarah MAM turut hadir untuk menyaksikan perlumbaan ini dan telah menyampaikan hadiah kepada tiga pemenang terbaik dari setiap kategori, Cadet (8-12 tahun), Junior (12-16 tahun) dan Senior (16 tahun).
Pusingan Ke-2 akan diadakan pada 20 September 2008 di Litar go-kart Antarabangsa Sepang. Untuk maklumar lanjut mengenai perlumbaan ini, sila hubungi Husaif Hatta dari MAM ditalian 03-7622 8000 atau Shereen Hanim Dato' Hj Baharuddin dari Raycer Power House ditalian 012-3129252.