Berita

Aznor Berharap Untuk Mengekalkan Kedudukannya Sekali Lagi

Aznor berharap untuk mengulangi kemenangannya dalam pusingan ke-4 siri Kejohanan Nasional Scooter Prix MAM 2008 yang akan diadakan di Litar Dato' Sagor, Pasir Salak, Perak pada 16-17 Ogos 2008 nanti.

Pelumba muda dari pasukan Full Throttle ini akan bertanding dalam kategori Scooped Open. Dia kecewa dengan tempat kedua dalam pusingan ke-2 selepas bersaing sengit dengan Mohd Fizriee Abd Muttalib dari pasukan Mulisha Scoot Sport. Dia berasa selesa, kini dengan Yamaha Nuovonya dia boleh mencapai kedudukan yang lebih baik bagi pusingan ke-4, ke-5 dan akhir bagi musim ini.

"Selepas perlumbaan dalam acara ketiga di Litar Elite Speedway, USJ, saya telah menghabiskan masa bersama dengan keluarga. Saya telah mendapat sedikit rehat dan kerapkali menghadiri sessi latihan. Kini saya tidak sabar untuk bertanding', kata Aznor.

Persaingan minggu ini yang bertempat di Litar Dato' Sagor, Pasir Salak merupakan litar kesukaan Aznor. "Litar Dato' Sagor merupakan sebuah trek yang disukai ramai dan saya agak biasa dengan litar ini dan tiada sebarang masalah yang dijangka untuk persaingan yang sengit," tambahnya.

"Saya masih ada beberapa mata lagi untuk direbut dalam kejohanan ini. Ia bukan mudah tetapi pasukan saya sedang bekerja keras dan kami akan mencuba sedaya upaya'.

Fizriee pula berharap untuk mendapat keputusan yang lebih baik selepas menamatkan perlumbaan dalam kedudukan kesembilan disebabkan masalah teknikal yang dihadapi.

Penganjur utama kejohanan ini, MUSC (Malaysian United Scooter Community) telah melibatkan diri dalam pembangunan program sukan bermotor sejak 2005. Program ini bertujuan memperkenal dan pempromosi sukan bermotor keperingkat yang lebih tinggi dan mencipta bakat baru yang berpotensi. Sokongan MAM bermula dengan National Scooter Prix Championship 2007.

Kategori-Kategori adalah seperti berikut;
i) Scooped/V100
ii) Scooter 125cc-150cc
iii) Scooter 180cc-200cc
iv) Vespa/Lambretta Open
v) Open

Lebih dari RM5,000 hadiah tunai telah disediakan bagi pemenang-pemenang dan dijangka kira-kira 80 orang peserta akan menyertai siri kejohanan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, sila hubungi En Mohd Nizam Sazli ditalian 016-6681490 atau En Mohd Khairi Abdullah ditalian 016-9221401.

- Disediakan oleh Musc Enterprise Sdn Bhd