Berita

Persaingan Antara James Russell dan Gunaseelan Rajoo di Pusingan Kedua MAM Rally X

Pusingan pertama yang telah diadakan di off road trek Litar Antarabangsa Sepang pada 13 July berjaya menarik 37 penyertaan terdiri daripada pemandu baru dan pelumba-pelumba rally berpengalaman dengan pelbagai jenis kenderaan daripada kereta biasa kepada kenderaan buggy yang khusus direka untuk aktiviti lasak. Dengan sebanyak 31 kategori dan pelbagai kelas, ada peserta yang datang dari Pulau Pinang hanya untuk bertanding dalam acara ini yang dikhususkan bagi peminat dan pelumba peringkat akar umbi.

Siri Rally X ini yang terkenal di Amerika dan England berjaya membuat penampilan sulung di Malaysia di bawah program yang disokong oleh Motorsports Association of Malaysia ("MAM") untuk menggalakkan penyertaan dalam sukan bermotor di peringkat acara akar umbi. Dengan pelbagai acara dan kategori untuk dipilih, kini para peserta dengan tahap pengalaman dan kemampuan berbeza mempunyai tempat untuk mempamerkan kemahiran masing-masing.

Pusingan pertama telah dahului oleh dua pemandu rally terkenal iaitu, Gunaseelan Rajoo dan James Russell, kedua-duanya memandu kereta 4wd turbo rally mencatat masa terpantas dalam lima pusingan dan seri ditempat pertama dalam kategori mereka. Dengan semangat kesukanan yang tinggi kedua pelumba bersetuju untok membuat pecutan "tie-breaker" dimana Russell berjaya menewaskan Guna dengan hanya satu saat. James Russell berkata "Ia merupakan suatu pengalaman yang menarik. Acara Rally X ini menarik perhatian semua termasuk pelumba, penonton dan juga pegawai-pegawai. Saya tentu akan kembali bertanding dalam pusingan seterusnya".

Hanya seorang peserta wanita, Gina Finanza yang berjaya menarik perhatian ramai dengan cara pemanduannya yang tersendiri. Pada akhir acara, Gina telah ditabalkan sebagai juara bagi dua kategori. Pemandu termuda dalam litar ialah Matthew Palmer yang berumur 14 tahun. Beliau berjaya menjadi juara didalam kategori remaja. Matthew berjaya mencatat sejarah dengan menjadi pemandu termuda untuk memandu dan bertanding dalam acara Ralli Malaysia.

Pusingan ke-dua siri MAM Rally X telah dijadualkan di tempat yang sama pada 24 Ogos menjanjikan persaingan yang hangat bagi peminat-peminat ralli. Tapak Litar Antarabangsa Sepang telah dipilih sekali lagi untuk menjadi tuan rumah acara ini dimana para peserta, berumur antara 14 hingga 55 tahun akan berentap di litar tersebut dalam jurang masa 1 minit dan masa terpantas yang direkodkan dalam kategori masing-masing akan menentukan pemenangnya.

Peminat ralli yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai acara ini, sila hubungi Md Masshoud dari MAM ditalian 03-76228000 atau penganjurnya Jagjeet Singh dari Wheelspin Event Management ditalian 012-2123260.

» Jadual Acara & Peta Lokasi

» Syarat-Syarat Tambahan