Berita

MAM MX TALENT SEARCH 2008 MENUJU KE KELANTAN

Kartika Bebas dan Motorsports Association of Malaysia (MAM) Membawa Program Pencarian Bakat Muda Ke Tok Bali

Subang Jaya, Selangor: Remaja Kelantan berpeluang untuk mencuba aktiviti ini yang mana ia mungkin dapat melahirkan bakal juara Sukan Motocross di Malaysia. Bagi bakat-bakat muda dan peminat motocross di Pantai Timur, program mencari bakat MAM 2008 seluruh Negara akan mengadakan program terakhir untuk tahun ini bertempat di Tok Bali. Penunggang-penunggang muda yang berbakat akan di pilih untuk mewakili negeri Kelantan di pusingan terakhir Cubcross MAM MX Talent Search 2008 yang akan di adakan pada penhujung tahun ini.

Klinik cubcross dua hari ini akan diadakan di kem Rusa Nani, Tok Bali dari jam 9 pagi sehingga 5 petang pada 21-22 Ogos bersempena musim cuti sekolah. Pendaftaran dibuka bagi 50 remaja dari Kelantan dalam lingkungan umur 8 antara 17 tahun.

Menurut jurulatih Omar Mazlan Harun dari Kartika Bebas, "Kita sedang bekerjasama dengan Pejabat Pelajaran Daerah Bachok dan secara keseluruhannya sokongan padu dari semua pihak yang terlibat dalam pusingan di Kelantan ini amat membanggakan. Saya berharap pusingan ini akan berjaya sebagai sebuah sessi klinik yang produktif sebagai tanda penutup program kursus motocross bagi tahun ini".

Di bawah program MAM MX Talent Search 2008, sessi Klinik Cubcross dua hari ini merupakan tahap pertama program tiga tahun bertujuan untuk mencungkil bakat muda menjadi penunggang motocross Malaysia. Kini bakat-bakat muda di negara boleh memperolehi tunjuk ajar teori dan pratikal mengenai teknik-teknik bermula, membelok, membrek, melompat dan penyenggaraan motor dimana dulunya ia tidak diperkenalkan dalam struktur program akar umbi seperti ini.

Pusingan kelima di Kelantan merupakan pusingan terakhir bagi tahun ini. Setakat ini lima peserta terbaik dari setiap pusingan telah dipilih untuk memasuki pusingan keenam Cubcross. Penunggang-penunggang muda ini merupakan bakat-bakat muda bagi siri Kejohanan Motocross MAM tahun hadapan.

Di bawah program MAM MX Talent Search 2008, MAM berhasrat untuk membangunkan sukan bermotor akar umbi di kalangan bakat-bakat muda. Kata Ketua Eksekutif MAM, Mia Sharizman "MAM telah ditubuhkan bertujuan untuk memaju dan mengembangkan sukan bermotor di kalangan peminat-peminat muda dan tua di Malaysia. Ia adalah persatuan sukan bermotor nasional yang akan membantu kelab-kelab, para penganjur acara, para pegawai, para peserta dan pengendali-pengendali komersial untuk memastikan kemajuan masa hadapan sukan bermotor dalam bidang-bidang yang pelbagai'.

Untuk maklumat tambahan, sila hubungi Wan Razali dari MAM ditalian 03-7622 8000/ 012-660 9132 atau Omar Mazlan Harun dari Kartika Bebas Sdn Bhd ditalian 012 398 9000.

Disediakan oleh Kartika Bebas Sdn Bhd