Berita
KSBI & MAM MEMBAWA KEJOHANAN MALAYSIAN MINI BIKE 2008 KE KELAB KOMUNITY CYBERJAYA BAGI KALI KEDUA
Ketenangan, damai dan pembangunan infrastruktur yang baru di Kelab Cyberjaya akan bergegar apabila Kelab Sukan Bermotor Integrasi menganjurkan pusingan kelima Malaysian Mini Bike Championship 2008 minggu ini, 22-23 August 2008.
Pelumba-pelumba motosikal muda yang berminat dijemput datang mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Setakat kini sejumlah 25 orang pelumba dijangka mengambil bahagian. Program ini selaras dengan matlamat MAM untuk mencungkil bakat baru yang berkaliber untuk diketengahkan selain memberi kesedaran mengenai aspek keselamatan di jalan raya bagi mengurangkan gejala lumba haram dan kecelakaan maut.
Mohd Ramdan Mohd Rosli, 12 tahun dari Pasukan Langkawi Geopark muncul di tempat teratas di dalam dua kategori dalam pusingan yang lalu akan bertanding sekali lagi dalam pusingan kejohanan ini. Bersamanya Hafizh Syahrin Abdullah dari Comma Motorsports telah mendaftarkan diri untuk kejohanan ini. Dengan kemenangan dalam pusingan yang lalu, Hafizh kini mendahului 4 mata dihadapan Mohd Ramdan dengan 60 mata.
Menurut Hafizh, "Saya berasa bangga menjadi juara dalam pusingan yang lalu. Saya akan bekerja keras untuk mempertahankan kedudukan dan mengunakan semua tip-tip dan panduan yang diberikan oleh ayah". Dalam kedudukan ketiga tidak jauh dibelakang ialah Tg Amirul Hafiruddin dengan 50 mata. Persaingan yang sengit dijangka Jumaat ini di Kelab Komuniti Cyberjaya diantara bakat-bakat muda.
MAM berbesar hati untuk mengiktiraf acara ini dan bekerjasama dengan Kelab Sukan Bermotor Integrasi untuk mengadakan siri kejohanan ini. Kami berharap untuk mencungkil bakat-bakat muda yang berpotensi untuk menjadi juara masa hadapan. Siri kejohanan ini memberi peluang kepada bakat muda untuk bertanding dari awal lagi untuk memanfaatkan minat mereka dalam sukan bermotor. Siri ini juga akan memberi kesedaran kepada pelumba-pelumba muda dari aspek keselamatan.
Kategori-kategori untuk acara ini:
i) Aircool - bawah 14 tahun
ii) Watercool - bawah 14 tahun
iii) Formula PLUS Mini GP - bawah 14 tahun
iv) Beginner - bawah 12 tahun
Pelumba dari seluruh Malaysia akan mengambil bahagian dalam siri kejohanan ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan acara ini nanti.
Untuk Maklumat lanjut mengenai kejohanan ini sila hubungi Kau Wah Sun dari MAM ditalian 03-7622 8000/017-881 8291 atau penganjurnya Encik Jan Al Jeffri Abdul Rashid ditalian 019-337 3529 atau Encik Sayed Alfeizal Sayed Ahmad ditalian 012-400 0165.
» PROGRAM